Mar 15, 2014

Bila Hati Di Ketuk Hidayah

Malam tadi bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bangi

Ada forum bersama model Aliza Kim
Serius aku tak kenal siapa dia
Aku berminat nak pergi sbb nak tahu macamana dia berminat dengan islam.
Forum adalah dalam bahasa inggeris.

Ayat dibwh aku copy paste dari Fb Page KPI.

sedikit perkara yang diperkatakan oleh Aliza semalam

-bekas model antarabangsa, bekas rancangan host personatv2. berdarah kacukan amerika dan thailand.
-ibu bapanya orang kuat kristian
-dia terdetik memeluk agama islam kerana ia mempelajari ajaran kristian dengan mendalam. dalam agama kristian juga terdapat ajaran islam katanya.
-mengucap dua kalimah semasa di dalam kelas pengajian islam dan satu kelas menangis.
-mula berhijab dengan perlahan2 . mula2 satu hari seminggu, 2hari seminggu , dan seterusnya sehingga kekal berhijab.
-sangat menyukai solat kerana dia rasa masa itulah dia dekat dengan Allah, sebelum ini dia berdoa (sebelum islam)
di gereja sehingga semua orang pelik, dia berdoa lama dan cara dia berdoa menakutkan
-ibu bapa menerima nya seadanya dan tidak menghalang niat beliau untuk memeluk islam.
-datang ke malaysia kerana majoriti rakyat malaysia boleh berbahasa inggeris dan kerana kerjaya pengiklanan.







Cantik je pakai tudung.

.

posted from Bloggeroid

7 comments:

lieyalatif said...

alahai sayu lieya bace kak...moga2 kite yg dah sedia islam ni sekuat beliau dan dpt mencontohi kecekalan beliau....amin

Zura@Iwan said...

alhamdullillah...
mmg sejuk je tgk muda dia kak..

Rinna said...

Cantiknyaa dia.. Alhamdullillah dibuka hatinya utk memeluk Islam..

wantie said...

ALHAMDULILLAH....

tatkala org luar nak memeluk agama islam, bebudak islam kita pulak ntah hape hape kan..

sedih...

Dee said...

Alhamdulillah cantiknya dia pakai tudung..dulu dee pernah gak attend talk mcm ni..tp lelaki cina..mmg terharu, tersentuh hati..seronok pun ye bila dengar ada saudara baru memeluk Islam...

Nurhayati said...

kekadangkan saudara baru ini lg hebat dr kita yg mmg sedia Islamkan. memalukan tp itula hakikatnya.

Amanda Suria said...

sebak along baca..untungnya dia di beri hidayah...cantik...semoga segalanya dipermudahkan untuk dia...amin