Nov 22, 2013

Waktu Afdal Berdoa

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu
sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu
mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis
Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis
diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai
membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka
ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan
‘Amin’ bersama dengan para malaikat,
diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga
malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal
sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada
sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku
makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku
untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar
memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan
iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah
pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah
berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.
 “Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a
manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda,
“Do’a itu mustajab pada waktu malam dan
selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk
do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa
terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan
do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat
Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan
Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan
bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada
hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila
seseorang hamba memohon kepada Allah
sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis
Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah,
iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang
bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap
anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-
baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-
baik do’a yang aku dan para nabi yang lain
ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang
sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan
pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala
sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan
ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang
yang mengerjakan haji serta umrah merupakan
tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan)
mereka dan mereka menjawabnya
(menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah
lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan
adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-
Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku
mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku
akan menjadi pendengarannya yang dengannya
dia mendengar dan penglihatannya yang
dengannya dia melihat dan tangannya yang
dengannya dia menyentuh dan kakinya yang
dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta
akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan
nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang
yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya,
dan yang menghapuskan kesusahan, serta
menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang
telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Amat sedikit antara kamu yang
mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat
62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis
do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t.
atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu
azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila
engkau menziarahi orang yang sakit atau
menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-
baik, kerana para malaikat mengaminkan apa
yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha.
bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu
Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda
bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh
seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori
oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang
bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri
kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana
malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda
kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah
r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila
kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah
anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat
malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat
yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a
diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan
ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan
do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama
barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di
dunia dan akhirat.
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-
hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)


posted from Bloggeroid

4 comments:

zulieta said...

terima kasih kak ty share point² bagus ni,
boleh semat dalam ati

Lyn Yusoff said...

thx for sharing kak ty
good info

Daddy Ziyyad said...

tq atas perkongsian ya...

wantie said...

ooo... yang last tu, kalau kat kampung, lepas ayam berkokok di subuh hari kita terus berdoalah ye.