Oct 24, 2013

Makan membatalkan Wudhu

Ada satu hari tu , kty bertelekung sebab dari maghrib tadi
baca sikit al quran ,surah waqiah , tak tanggal telekung
tiba-tiba kty pergi meja makan ..lepas tu minum , kumur2.
dan nak sambung untuk solat isyak ..bila masuk waktu nanti

terus kakak dan firdaus mempertikaikan wudhu mamanya
Anak2 : Mama tak amik wudhu ke , tadi kan mama makan ..?
Mama : Tak perlu , makan atau minum bukan membatalkan wudhu

Rasanya ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini ..

Memula kita tengok rukun-rukun wudhu mengikut Mazhab Shafie:-
RUKUN - RUKUN
1. Niat
2. Membasuh Muka
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku
4. Menyapu sedikit daripada kepala
5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali
6. Tertib


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU'
1. Keluar sesuatu dari kubul atau dubur kecuali air mani
2. Hilang Tamyiz
3. Pitam atau gila atau mabuk
4. Tidur duduk yang tidak tetap dua papan punggung
5. Bersentuh kulit badan lelaki dan perempuan yang halal bernikah tanpa berlapik samada bersyahwat atau tidak
(Tapi yg no 5 ni kalau kita buat umrah atau haji .. adalah diharuskan bagi jemaah bertaqlid dengan mazhab Imam Maliki yang mengatakan tidak batal jika bersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa diiringi nafsu syahwat.Tapi kty tak boleh bincang kan perkara ni sbb tak arif , kena tanya ustaz or ustazah )
6. Menyentuh kemaluan manusia kubul atau dubur dengan tapak tangan tanpa berlapik


Jadiknya Makan atau minum tidak membatalkan wuduk. Apabila hendak solat sedangkan wudhuk masih ada tetapi telah makan atau minum sesuatu maka perlulah membersihkan mulut terlebih dahulu dengan bersugi dan berkumur supaya sisa makanan atau perisanya dapat dihilangkan.

10 comments:

YUS said...

bagus info ni! Selalu was-was.. hehe...

norhidana miswan said...

dr mana lah firdaus dpt info yg mkn boleh batalkan wudhuk kak? hehehheh

Lyn Yusoff said...

thx for sharing kak..
selalunya kumur2 jer klu mkn or minum.. heheheh

PurPlè said...

Agaknya depa konfius kot... Mkn x mmbatalkn wuduk tp mkn wlupun telan sisa makanan dlm mulut ketika solat, mmbatalkn solat..

wantie said...

betul tu kty. yang ke 6 tu. T selalu argue ngan Naiim. hmm.. kali ni dah kompom la.

nanti nak copy sikit nak wat entry boleh?

zulie ieta said...

terima kasih kak ty,
share kan rukun wudhu & perkara membatalkan wudhu ni..
dapat recall balik

mamyharraz said...

tq kty share info begini
kadang mmg kita kaliru bab2 camni.

Daddy Ziyyad said...

Yg penting, kena kumur2 bersihkan mulut lepas makan, sebelum solat...takpa lah...anak anak..proses belajar :)

NzA said...

aha atty, terkadang anak2 keliru antara batal dengan makruh.

ALoNa CintamaniszLite said...

masa kecik2 dulu selalu tengok ayah sy sebelum nak gi solat jumaat jamah sket kuih dan minum air dulu wlpn dia dh amek wudhu.
Camtu jugak sebelum nak pi solat sunat raya..

Jadi, waktu tu sy dh paham..perkara tu tak membatalkan wuduk. Apatah lagi kat masjid bila lps berbuka pose ngan kurma dan air..jemaah terus jer berjemaah maghrib tanpa perlu pi wudhu lagi.