Jul 19, 2013

Ramadhan kita bertemu

Semalam hati berbelah bagi samada nak keluar ker tak time lunch ,
bulan2 puasa ni aku jarang keluar time lunch ..

tapi semalam lepas puas berfikir ..akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar ke Giant,
boleh terus aku beli barang2 untuk berbuka , dan yg lebih penting aku nak cari bahan2 nak buat samosa , untuk Firdaus bawa ke sekolah hari ni ..

Hari ni Firdaus akan berbuka di sekolah dan terus bermalam di sana , ada Qiamullail dan tadarus quran , seramai 100 org murid terpilih ,50 perempuan 50 laki-laki.

Sebenarnya agak risau untuk membenarkan firdaus join acara tu ,sbb sejak puasa dia selalu cirit birit, dan tak sedap perut,tapi dia berkeras juga nak join ..mama doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk firdaus.

Masa di Giant , berpusing2 sambil mencari bahan2 nak masak
tertiba aku disapa seseorang, rupanya kenalan lama aku , yang mungkin kali terakhir aku jumpa dia 3 tahun lepas..

nasib dia tegur aku, ye lah aku ni susah nak cam, bukan tak cam, tapi tak nampak benornya ,aku yg sepatut nya dah patut pakai spek..tapi degil tak mau pakai ,kecuali aku drive.

rabun aku ni dah teruk giler..

seronok dapat jumpa dia semalam , pakkal puasa, kalau tak puasa , maybe dah sambung borak sakan , kat kedai mamak..

bila jumpa kawan2 lama teringat kenangan manis masa bersama dulu ..
sesungguhnya kenangan itu sesuatu yang terindah. 

10 comments:

:: Cik Viva :: said...

Saya pulak kalau ternampak kawan lama kat mana2, memang selagi boleh saya akan mengelak..tak baik kan..hehe

pena rozie said...

Seronokkan jumpe member lame....

wantie said...

memang pun kak, kalau dapat jump akawan banyak betul yang nak di sembangkan.

ct7775 said...

kak bila lagi nak trip sama2 ni? ihhi.

zarena heeney said...

wak tahniah fir dpt masuk
semoga menjadi anak yg soleh
amin

Umi Nazrah said...

uiks macam rabun teruk dah tu. mungkin boleh cuba untuk pakai spec atau contact lens ke :D

Rasp said...

insya Allah fir ok tu sis...
agaknya perut baru nak adapt berposa...
then bila berbuka...
macam2 masuk kan....

i lak jenis jalan menonong...
tak memandang kiri kanan...
anddddd susah nak mengecam orang...

ct rahani said...

gud luck utk fir.. sy bulan pose nih mmg langsung x kuar tghari.. lepak2 kat opis jer..

lieyalatif said...

bagus sekolah firdaus ye kak...aktiviti yg baik tu kak...in sha Allah fir dah besar n pandai jaga diri tu kak....

kak, pakai le spek kak..nanti takut efek lagi teruk rabunye kak....

Daddy Ziyyad said...

Itulah berkat Ramadan kan..
Dapat jumpa kawan2 lama..