May 14, 2013

Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah



Pada Hari Khamis 21 March2013 , kami sekali lagi ada ziarah luar ,

Kali nie kami ke Ladang Unta dan Miqat pulak di Hudaibiyah..



Selalunya macam kakty, kty dah siap amik wudhu awal-awal di hotel, jadi bila sampai masjid boleh terus solat sunat sebab ada wudhu, untuk pengetahuan semua di Hudaibiyah ni masjid nya ala-ala zaman dulu-dulu,kira mcm zaman nabi dulu..bilik air nya ramai org tunggu turn nak amik wudhu, nak masuk masjid pun belah perempuan berebut-rebut..sebab mungkin jemaah yg terlalu ramai. Jadi belajarlah untuk bersabar banyak-banyak dan istighfar serta doa dipermudahkan urusan kita..inshallah yang susah akan menjadi mudah dengan izinnya.



Sebenarnya masa kat Hudaibiyah ni ,dengan keadaan org yang sangat ramai, dan bersesak-sesak di pintu masuk belah perempuan, aku risaukan mak..sebabnya mak tadi beratur amik wudhu di toilet,kerana mak terlupa nak ambil wudhu dari hotel, Dengan toiletnya pun penuh ramai orang, dan keadaan toilet yg agak daif..macam agak sukar bagi aku untuk mak yang tidak berapa sihat.


 sekitar Masjid Hudaibiyah


Masa tu aku bersama maklong dan adik bersama mak ,

Setelah selesai buat solat Tahiyyatul Masjid dan solat sunat ihram, aku ngn maklong bergegas hendak keluar,

Tapi keadaan tak mengizinkan, punya sesak keadaan sampai kami agak susah untuk keluar dari masjid .



Oleh kerana tiada pilihan lain, kami terpaksa keluar melalui tempat solat lelaki dan keluar melalui pintu lelaki..time nak keluar aku terjumpa mak dan adik di pintu utama masjid, sebetulnya pintu itu adalah untuk jemaah lelaki ,tapi dengan keadaaan yang bersesak dan agak kucar kacir ,semua nya main redah jer,

Syukur sangat bila Nampak mak,  mak suruh aku tolong jagakan kasut dia.



Tak sampai berapa saat mak cakap jagakan kasut ..bila aku toleh je ke belakang,  tertiba kasut mak dah hilang.

Sudah !..mengelabah aku..mana pulak kasut mak ni..sekelip mata je dah hilang..risaunya aku ..Puas aku cari keliling..lepas tu aku cakap dengan Maklong..mana pula pergi nya kasut mak nie..tadi ada ,dah hilang ..dah macam biskut chipsmore,kejap ada kejap takde..



Aku suruh maklong tunggu depan pintu , aku berjalan sekitar masjid ,kalau-kalau ada peniaga menjual kasut.

Tapi takde ..seingat aku, sekitar Masjid Hudaibiyah ni ,banyak terdapat peniaga yang menjual kekacang dan cincin,

Sebab kami tidak boleh berlama-lama di sini, aku takde beli apa-apa pun.



Aku balik ke pintu Masjid ,dan tunggu  mak dan adik di situ..dalam fikiran aku..,

Takper lah, nanti mak pakai je lah kasut aku..aku pakai setokin..lepas tu aku ada kasut tawaf dalam beg..



Tak lama lepas tu mak ngn adik pun keluar..rupanya kasut mak yg hilang tu, mak dah bawa masuk ke dalam masjid ,sebab adik yg suruh..fuh lega hati aku..

Mak long aku ,gelak-gelakkan aku..sebab tengok kekalutan aku tadi..mau tak gabra..mak aku dah kasi amanah, sekelip mata aku lalai..



Sebelum kami miqat di Masjid Hudaibiyah, kami singgah di ladang unta, rasa mcm tak sempurna kalau pergi negeri arab tak pergi padang pasir jumpa unta.



 penjual susu unta



Seronok jumpa unta yang pemalu, jeles bulu mata unta lentik ..

Aku ada temankan adik yang bercadang nak beli susu unta

Tapi ramai sangat orang ,tak kesampaian hajat di hati…takpe..jangan kecewa, fikir positif inshallah ada rezeki nak sampai lagi ler tu .




Kata mutawif selain susu unta, kencing unta pun banyak khasiat..



Sampai je hotel lepas miqat di Hudaibiyah, kami ke ruang makan di hotel dulu utk lunch ,sebab takut takde tenaga pulak , untuk buat umrah kalau tak lunch dulu..lagi-lagi untuk mak aku ..takut mak dan maklong tak larat ,



Lepas tu naik ke bilik amik wudhu siap-siap , terus ke masjid , solat zuhur di Masjidil Haram.

Selesai je solat Zuhur kami terus ke dataran tawaf utk tawaf umrah..cuaca adalah sangat panas, ye lah bayangkan kami tawaf pada pukul 1pm, time matahari mencanak atas kepala..tapi bila kita tawaf , walaupun panas tapi terasa berangin..jemaah  pada hari itu tersangat ramai , kami mengambil masa nak dekat sejam juga utk habiskan tawaf, kerana orang yg agak ramai ..bila lalu je rukun yamani dan Hajar Aswad keadaan menjadi semakin perlahan, kerana antara 2 rukun ini lah ramai jemaah dari luar yg mengambil kesempatan untuk berdoa .



Cerita pasal doa , masa tawaf selalunya aku akan baca ikut buku yang travel agensi bagi ,sambil aku tanda supaya aku tahu dah berapa pusingan aku tawaf, selesai baca doa mengikut buku, aku zikir apa yang patut .



Dan kekadang bila kita ikut jemaah lain, lebih lagi jemaah Indonesia yang tawaf secara berkumpulan ,dan ketua kumpulannya akan membaca doa dan zikir dengan kuat, kadang secara automatic kita pun akan terikut sama . Aku sangat memuji mutawif dari Indonesia, kerana diaorang sangat perihatin dengan jemaah diaorang.



Selesai tawaf..memasing akan mencari tempat kosong di belakang Makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf dan membaca doa,

Di sini kita janganlah pelik atau gusar, kadang bila kita solat ,sebelah kita jemaah lelaki.

Selamba je lah ,masing-masing dengan dunia sendiri ,berlumba-lumba beribadat kepada tuhan yang satu.



Ada masa dan ketika semasa kita nak solat sunat di Belakang Makam Ibrahim nanti datang askar suruh kita beredar,pandai-pandai ler kita solat..sebab bila kita tengah solat, askar tu tak akan berani dah kacau.



Jadi masa kita sujud rakaat terakhir ,kita sujud dan terus berdoa , tapi awas jangan ler berlama-lama sangat ,

Sebab dengan keadaan orang yang ramai, takut ada yang tersepak kepala kita pulak.



Lepas tu kami pun terus ke tempat Saie untuk buat Saie ..



 Dan sekali lagi aku dan adik suh mak amik wheelchair, dan hari itu org pun sangat ramai di Saie, tercari-cari jugak org2 yang menawarkan perkhidmatan wheelchair, akhirnya jumpa, kami tawar harga,selalu diaorang akan letak 100Sar ,masa sessi tawar menawar ,budak penolak wheelchair ni dok keluar kan handphone, yang aku ni ingat apa lah ,

Ingat kan dia nak kol kawan2 ke tanya harga ,boleh ke aku nak minta kurang ke..rupanya handphone tu dia nak tulis berapa dia nak ,

Dia picit2 lah button tunjukkan skrin handphone berapa harga perkhidmatan dia..hahahhaha, masa ni sebenarnya aku dah nak tergelak ..apalah kepala hotak aku ni..ye lah sangkaan aku meleset, lembap betul otak aku..



Dia kasi 80sar, tapi aku tawar lagi sampai 50sar,dan terus deal, mak aku pun naik wheelchair buat Saie , owh ye adik pun time ni amik wheelchair,sbb masa aku deal, aku tak faham bila dia keluarkan hp, aku terdeal ngn lagi sorg , sbb kesian ,adik aku pun terima ler perkhidmatan wheelchair ni,lagi pun adik aku pregnant ..boleh lah..aku yg takde apa ni..kena lah berjalan..



Makanya aku dan maklong teruskan lah bersaie berjalan kaki berdua, Bila bersaie ,baru kita dapat rasa kesusahan, Siti Hajar masa mencari air utk ismail, Siti Hajar berlari2 antara bukit Safa dan Bukit Marwah.


Bukit Marwah


 Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah.



Sambil aku buat saie ,aku berzikir , lepas tu bila naik bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم




Mengadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah

الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد 



bukit Marwah


Ibadah Saie boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwudhu dan di bolehkan wanita yang datang Haid atau Nifas mengerjakan Saie.

Sebenarnya hari tu mcm tak larat skit buat saie , badan rasa mcm nak demam, maybe sebab cuaca yg sangat panas.

Selesai je bersaie dan bertahalul, adik ,mak dan maklong semua pulang ke hotel sebab keadaan memasing yang dah tak larat .



Tapi aku teruskan juga untuk solat Asar di Masjidil Haram, port biasa aku ..belakang Hijir Ismail,tapi dari Saie untuk sampai ke port aku di belakang Hijir Ismail ,aku kena meredah ribuan jemaah .



Sementara menunggu Asar ,aku pandang je Kaabah sambil berzikir, walaupun badan rasa kepenatan yg teramat-amat.

Sambil menunggu  waktu solat,aku baca al quran , dan tanpa aku sedari ,aku terlelap rupanya ..

Dan dikejutkan oleh seorang jemaah wanita yang datang dari Malaysia juga.

Dia Tanya aku, baru selesai buat umrah ye tadi,

Aku pun senyum jer..tak cakap apa ,sebab memang mengantuk sangat-sangat ,

Jadi bila ada yang menegur, ada ler kawan berborak, hilang mengantuk aku .

Selesai solat asar ,aku bergegas pulang ke hotel, dan untuk keluar dari Masjid time-time lepas solat waktu

Keadaan adalah agak bersesak-sesak.



Itu adalah lumrah, kesesakan disebabkan jemaah2 yg tidak dpt solat di dalam Masjidil Haram tadi ,bergegas untuk masuk ke dalam masjid , untuk melakukan tawaf ..jadik keadaan agak tidak terkawal.



Yang mana nak keluar..yang mana nak masuk..memang takde sistematik langsung, tapi sabar je, fikir positif,

Semuanya pun berlumba-lumba nak buat amal ibadat.



Oleh kerana hari-hari untuk aku berada di bumi Mekah semakin suntuk 

Aku menghayati saat-saat terakhir di sini ..

Aku merakamkan video.. snap gambar diri sendiri ..nak suh orang snap malu. Jadi snap ler sendiri –sendiri buat koleksi



Haritu yg benornya aku dah tak berapa larat..kaki ku hanya ku seret-Seret je ..

Tapi oleh sebab aku sibuk merakamkan video perjalanan aku pulang dari Masjidil Haram ke hotel,

kepenatan tidak ku rasa sangat..nasib hotel pun tak jauh..dlm 10 minit dah sampai hotel.


Inilah laluan hari2 ke MasjidilHaram


Macam biasa,tiapkali nak sampai hotel,aku pasti singgah kiosk jual aiskerim..beli aiskerim,walupun badan rasa tak larat..aiskerim tetap jugak aku beli.



Naik je bilik, terus mintak maklong panadol..makan dan aku tidur ..

Dalam pukul 5 pm, aku dengar mak,maklong dan adik bersiap2 ke Masjid ..

Tapi aku biorkan je diaorg pergi dulu..



Sekitar pukul 6pm..aku bergegas bangun ,mandi dan amik wudhu dan bersiap ke masjid .

Oleh sebab aku sorang jadik takde masalah untuk cari tempat..

Selit-selit dapat jugak tempat.



Aku pernah sekali solat waktu di dataran luar Masjidil Haram, solat beratapkan langit dan bintang-bintang

Teringat kenangan yang terindah dalam hidupku ,semoga ada kesekian kalinya lagi.


.

5 comments:

Kesuma Angsana said...

tq share cerita & pic2 disana yer

wantie said...

bertuahnya kty dapat jumpa unta. T pernah tengok unta kat Zoo taiping ni ha. Tapi..... unta tu. Ya Allah tua yaq mat.. uzur dahhhhh

Daddy Ziyyad said...

Minum tak susu unta tu? hihihi..

apa khasiat air kencing unta?

ALoNa CintamaniszLite said...

aduhaii..syahdu bila baca pengalaman berharga atty ni..
insyaAllah, leh dijadikan panduan sekiranya sy diberi kesempatan utk ke sana nanti, insyaAllah.

Sbg sorang pempuan...kalo jalan sorang2 kat sana (masjidil haram, hotel), ok ye, Atty??

Puan Mimi said...

suka baca catatan kak atty.. bila saya baca, saya mengimbau kembali detik2 indah kat sana.. masih terasa2 lagi diri di sana walaupun dah hampir setahun berlalu..

Saya pun suka amil gambar dengan unta. unta ni kan pemalu.. bulu mata dia masyallah letik sungguh. jeles