May 9, 2013

Hajar Aswad dan Rukun Yamani



 Sambungan entry > Ziarah Jabal Thur ,Jaranah

Sampai je di hotel, kami makan dulu, amik wudhu dan terus ke masjidilharam,untuk solat zohor,
Lepas solat zohor , kami buat tawaf , kami buat tawaf masa tu jam menunjukkan pukul 1pm, mmg cuaca agak panas , tapi berangin jer..tak terasa panas, Cuma mata je yg silau sikit..nak pakai spek itam tak boleh ye ! Sbb dalam ihram.
selesai tawaf ,solat sunat tawaf ,minum air zam2 ,Kami pun buat  saie ,


ready nak turun ke dataran , nak buat tawaf pada jam 1pm

selesai tawaf dan selesai solat sunat di Belakang Makam Ibrahim

Muka dah tak sabar nak buat saie dan selesaikan umrah

Kali ni kami paksa mak buat Saie pakai wheelchair , kami dapat deal dekat dataran tawaf lagi, 50SAR je untuk Saie 7x dari Safa –Marwah ,Aku ,adik dan Maklong ,kami berjalan kaki , orang hari ini makin bertambah ramai dari semalam , Selalu orang cakap, musim haji nanti lagi ramai, tapi kami dah rasa pengalaman yg lebih kurang sama mcm musim haji.

Pak Anjang ada jugak tanya kami nak buat sama2 tak umrah, tapi kami tak mau menyusahkan Pak anjang , sbb kami ni mungkin akan melambatkan Pak anjang, jadi kami buat je sendiri ,tapi ada terjumpa Pakanjang masa saie, suruh dia tunggu mak kat Marwah untuk bertahalul dan tolong tengok2 kan emak sampai kami habis buat saie, ye lah risau ,dalam org ramai tu, kang mak hilang ke..


Selesai kami bersaie ,jumpa mak dan anjang di Marwah, kami pun bertahalul, selesai bertahalul,aku ,mak,dan maklong ke toilet, kalau dari Marwah ni untuk ke toilet agak dekat ,jadi kami ke toilet untuk ambil wudhu dan bersiap2 untuk solat asar.


 Himpunan manusia yg mengerjakan Saie 

Syukuran Selesai Umrah

Buat pertama kali kami bersolat di kawasan Saie..selesai solat asar , aku suruh mak dan maklong balik ke hotel, aku dan adik stay di Masjid sampai Maghrib dan Isyak..

Tapi Mak dan maklong ke Masjid masa nak masuk Maghrib ..tapi lain2 hall..mak dan maklong di tingkat 2, dan kami seperti biasa feveret port ,belakang Hijir Ismail mengadap Kaabah.

Di tingkat 2 orang kurang sikit bersesak2 ,daripada ditingkat 1..lagi2 kalau yg mengadap Kaabah mmg senantiasa penuh. Masjidil Haram ada jugak tempat yg ada aircond, tapi kami lebih suka memilih ,yg Nampak kaabah untuk bersolat. Sbb tempat yg ada aircond , tempatnya terlindung dari situ kita tak boleh Nampak kaabah..rugi pula rasanya ..dah lah bukan senang nak sampai.

Walaupun aku bukan lah lama di Mekah,tapi dah tak berapa ingat jadik aku cerita ikut apa yg aku ingat..,Ada sekali tu aku tawaf sunat waktu maghrib, sebab seblum ni buat tawaf sunat waktu lepas zohor panas, jadik terai lepas maghrib ,sekali punyalah ramai orang , bila lalu je penjuru rukun yamani dan Hajar Aswad , laluan tidak bergerak, semuanya pun berhimpit2..sampai aku dah tak lalu nak zikir,hanya mampu baca rabbi yassir wala tuasir je. Tawaf yg selalunya ambil masa 30minit ,masa aku buat waktu maghrib mengambil masa 1jam, 

Ada sekali tu pulak aku buat tawaf sunat, bila dah selesai ,dan aku mencuba untuk mencium Hajar Aswad, ya allah entah mana datang idea ..lepas saja abis buat tawaf sunat ,aku terus pergi ke arah terletaknya Hajar Aswad, dan terus mencuba untuk menghampiri Hajar Aswad, aku telah terlalu hampir, ada sekali, aku dah dpt pegang , tepi Hajar Aswad ..aku tak berebut pun, Cuma ikut je arus org ramai tu, terai untuk cium Hajar Aswad…tapi

Dan dalam masa yang sama tertiba ada lelaki, asik ler menjerit..Hajjah haram..hajjah haram..(kat Negara Arab ni, org perempuan di panggil Hajjah, lelaki haji)
Dan dalam masa yang sama , keadaan menjadi lebih hiruk pikuk,aku yang besar tapi kecik ,ye lah orang Asia kan, mcm dilambung ombak..kejap2 aku ada depan Hajar Aswad ,dah nak ke depan..tertiba ada je lelaki2 arab, bayangkan bersesaknya macamana..kadang aku risau jugak, kot terkehel ke kepala aku..sebab diaorang sangat ganas,Siku menyiku, sekeh menyekeh kepala orang ,tu mmg dah biasa, kita tak boleh nak marah..sabar je lah banyak2,dalam ramai2 tu ,adalah aku terlihat jemaah perempuan yg dalam kumpulan bersesak2 nak cium Hajar Aswad tu,sampai terbuka tudung kepala, Mashallah..aku terus berkira-kira patut ke aku teruskan, dan akhirnya aku buat keputusan,

Kalaulah nak cium Hajar Aswad sampai terbuka tudung ,.menampakkan aurat.. dah jadi tak elok..dah buat kita berdosa

Bila aku terfikir macamtu , tertiba je aku terus undur perlahan2 dan keluar dari kawasan itu,Sambil aku keluar, aku sedih..menangis sorang-sorang ,sambil berlegar2 lagi area kaabah, sungguh dekat kaabah dengan diri aku, aku nangis slow je, air mata turun mcm tu je..tertiba aku dengar orang mengongoi2 tangisnya.

Terus aku berpaling ke kiri aku, rupanya seorang lelaki, yg dalam kesedihan,
Patutlah kuat nangisnya, macam-macam ragam orang kita boleh lihat. Bila lihat lelaki itu nangis, lagi lah aku pun menangis sama,

Ada yang menarik-narik kain kaabah, ada yang mencium-cium sekitar dinding kaabah.
Aku ? aku jalan-jalan sekitar kaabah dah mengusap-ngusapkan tangan aku ke dinding kaabah,sambil jalan slow-slow, aku masih tak percaya ,akhirnya Berjaya juga aku menjadi tetamu allah, ya allah terimakasih sudi menjemputku,

Sambil aku jalan, aku memerhatikan jemaah lain, ada yang meratap-ratap kesedihan..kadang dah macam over pula ,aku tengok jemaah dari Negara lain..tapi syukur jemaah dari Malaysia sangat bersopan santun.

Aku pun jalan slow-slow, jalan ke depan Multazam, berdiri depan tu , berdoa macam2,sampai dah tak tau nak berdoa, balik-balik,aku doa benda yang sama.Bacakan doa-doa yang kawan-kawan,sedara mara aku kirim.

sedih tau kalau kita buat sorg-sorang..feel dia lain skit..sehingga saat ini, sambil buat entry ni ,aku masih terbayang-bayang aku pusing-pusing keliling Kaabah,

Kita nangis ke, kita meraung ke..takde orang nak kisah,jadi tak payah lah nak segan-segan, ..buatlah apa pun takde orang nak kesah hal kita,semua dalam dunia memasing,semua berlumba-lumba memohon pengampunan dari allah yang esa,Memohon pengampunan dari allah atas dosa-dosa yang dilakukan, termasuklah diri aku sendiri.

lepas tu aku jalan2 pulak ke Makam Ibrahim, jenguk-jenguk tapak kaki Ibrahim, jgn korang ingat masa aku jalan itu orang takde ye,org adalah sangat ramai ..tapi aku buat derk je menongkah arus org ramai tu..kira aku mcm dalam dunia aku sendiri ..kdg rasa bersalah pula, bila menongkah arus ,takut kerana aku diaorg terlari bahu kiri, jadi aku buat sesopan habis.

Lepas tu aku pusing2 lagi tepi2 kaabah,sambil lalukan tangan aku,ini aku buat ..bukan masa tawaf ye..kira ini aku tgh bersantai@jalan di dataran kaabah..ditepi kaabah..sampai pula aku di rukun yamani..
Dan rukun yamani dah depan mata aku, aku tgk orang cium rukun yamani ..beriyer-iyer diaorg cium bucu kaabah yang dipanggil Rukun Yamani. Aku berhenti sambil pandang je jemaah yg beriyer mencium Rukun Yamani..sambil dalam hati berkata2 ,perlu ke aku cium??

Terus aku berkira-kira lagi..
Dalam hati bertanya2 eh kena cium ke?..aku banyak je peluang., kosong je masa tu ,kalau aku nak cium,.tapi ilmu kurang pasal rukun yamani..jadi aku hanya usap2 tangan aku kedua-dua tangan kiri dan kanan,aku mcm biasa sepanjang rukun yamani tu , sapu-sapu bucu tu dengan telapak tangan,sbb kata wangikan, Sambil sapu tangan aku kat dinding Rukun Yamani,aku usapkan ke baju aku,supaya bau wanginya melekat di baju aku.

Amaran untuk orang dalam Ihram,jgn sesekali buat ye kalau dalam ihram, abiskan dulu umrah..lepas tu baru boleh buat macam aku .Bila dah balik Malaysia baru aku kaji pasal Rukun Yamani
Baru aku tahu, mengenai Rukun Yamani..aku google le info mengenainya


 MENGENAL RUKUN YAMANI
            Ia adalah rukun (tiang) Ka'bah bagian barat daya yang tempatnya mendahului tempat hajar Aswad, ia dinamakan RukunYamani sebagai penisbatan terhadap Yaman karena rukun itu berada di arah Yaman
KEISTIMEWAAN DAN FADHILAHNYA
       Rukun Yamani merupakan rukun yang mulia dan agung, karena ia adalah tiang yang tersisa dari tiang-tiang Ka'bah yang dibangun oleh Nabi Ibrahim, setelah pembaharuan bangunan Ka'bah yang dilakukan oleh kaum Quraisy, berbeda dengan dua tiang lainnya, yaitu rukun (tiang) sebelah utara dan barat, sebab keduanya diantara bagian Ka'bah yang dirobohkan Quraisy dan dimasukkan kedalam bagian Hijr tatkala mereka kekurangan biaya dalam pembangunannya, Imam AlBukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما, bahwa ia berkata : "Saya tidak melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم meninggalkan mengusap rukun (tiang) utara dan barat yang terletak setelah Hijr, kecuali karena Baitullah belum sempurna (pembangunannya) diatas tiang-tiang yang dibangun oleh Ibrahim عليه السلام.
            Dan menyentuh rukun Yamani merupakan keutamaan yang agung. Dari 'Ubaid bin 'Umair bahwasanya ia berkata kepada Ibnu Umar : "Jika saya melakukannya (menyentuh rukun Yamani), maka saya telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
إن مسحهها يحط الخطايا
Artinya :
            "Sesungguhnya menyentuh keduanya (Rukun Yamani dan Hajar Aswad) dapat menghapuskan dosa-dosa" (Dikeluarkan At-Tirmidzi, Ahmad dan menshohikannya, juga diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim)

            Dan diantara petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah tidak menyentuh selain keduanya yakni –Rukun Yamani dan Hajar Aswad- ini telah cukup sebagai dalil atas keutamaannya. Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنهما, dia berkata : "Saya belum pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyentuh kepada selain dua rukun ini –Hajar Aswad dan Rukun Yamani- (dikeluarkan oleh Muslim). Credit to Darul Anshar

Memang agak terkilan kerana tak dapat mencium Hajar Aswad, walaupun di offer berkali-kali oleh warga Indonesia yang menawarkan Perkhidmatan kononnya ingin menolong kita mencium Hajar Aswad..tapi akan dikenakan bayaran , yg mungkin tidak kita duga ,jadi aku menolak dengan cara baik ,

aku cakap ,takper saya cuba sendiri ,kalau Allah izinkan saya mencium Hajar Aswad adalah rezeki saya nanti, terimakasih ye .

Tapi terpulang lah pada orang lain ,kalau mahu terima offer dari warga Indonesia ini ,tapi bagi kty , baik tak payah ,redha je lah dengan ketentuan illahi dan rezeki darinya .

Bagi kty maybe ada hikmah ,mungkin satu hari nanti kty akan datang lagi menjadi tetamunya dan kali itu mungkin kty ada rezeki mencium Hajar Aswad ..inshallah.ameen.

.

8 comments:

Puan Ninie said...

insyaallah kak :)
alhamdulillah ninie dpt cium hajr aswad tu kak...

NM02 said...

satu ilmu pengetahuan yang baik buat kami... terima kasih kak...

wantie said...

syukur dah selesai.. melaui entry akak ni. T rasa le, kalau nak pergi sana kena mengaji sedalam dalamnya.

ni pun terkebil kebil apa itu rukun yamani. sib baik akak bagi info.
nampak sangat cetek benor ilmu T kan..

Daddy Ziyyad said...

Setuju..kalau kita baca laporan dari Kerajaan Arab Saudi pun, mereka katakan jemaah kita, malaysia yg paling berdisiplin dari semua aspek...

lieyalatif said...

Kak baru lieya tahu ade jugak org buat duit care tu kan...maknenye die tolong rebutkan utk kite la ye....tp lieya lagi sokonh tindakan yg akak amik....yelaaa dari kite terkena dgn byrn yg x masuk akal...dari aurat terbuka elok undur diri dan cube lain kali...kalo dah ade rezeki x kemane kan kak....

Kesuma Angsana said...

tq sudi berkongsi yer

ALoNa CintamaniszLite said...

alhamdulillah...byk pengalaman Atty yg sy baca sgt berguna utk para pembaca yg belum sampai ke sana.

Tp teringin nk tau...berapa ye yg diminta oleh warga indonesia tu bila dorang bantu kita cium hajar aswad??

Muhammad Adli Abdul Aziz said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Izinkan saya berkongsi..

Rukun Yamani itu adalah tempat masuk Ibu Saidina Ali ke dalam Kaabah dan melahirkan Saidina Ali pada 13 Rejab 23 tahun sebelum Hijrah bersamaan 11 Oktober 599 Masehi

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9Av84h7VouU#!


ketahuilah Al-Yamani,(Imam Ahmad Al Hassan) utusan kepada Imam Mahdi telah pun muncul menyeru kepada Imam Mahdi

http://pendokongalyamani.blogspot.com

http://saviorofmankind.com/