May 17, 2013

Belajar Solat Jenazah



Hari nie nak bercerita ,Pengalaman aku bersama jemaah lain 
ada ler 2-3 pengalaman
Ada sekali itu,sedang aku berborak dengan adik,
tertiba makcik Turkey sebelah aku, pegang tangan aku .
 Dia pegang tangan aku, dan bawa ke kaki dia ,aku memula pelik,
 makcik ni nak apa agaknya
Rupa-rupanya dia suruh aku 
urutkan kaki dia..badan dia..
Aku pun menjalankan tanggungjawab aku ,
dia seronok betul aku urut badan dia,.
Ye lah dia dah tua, maybe sakit-sakit badan .
Lepas dia dah lega ,aku picit-picit badan dia, 
dia angkat tangan mcm berdoa tu.. 
sambil angguk2 kepala.





 nak turun ke dataran tawaf

 Ada satu hari itu, lepas aku buat tawaf sunat lepas Maghrib
Masa adalah sangat suntuk, ye lah Maghrib ke Isyak jarak dalam 1 jam
Jadiknya bila selesai je aku Tawaf Sunat, dah nak masuk Isyak
Aku agak kelam kabut sebab semua tempat akan dipenuhi jemaah lelaki, aku harus cepat keluar mencari tempat solat jemaah wanita, masa aku lalu satu tempat ,aku berhenti seketika ,sebab di situ diletakkan Mayat-mayat yang 
akan di Solat Jenazah nanti lepas solat waktu.


Selalunya setiap selesai solat waktu,akan ada Solat Jenazah. 
Jadi pada sesiapa yang tak pernah buat
baik sebelum pergi belajar cara Solat Jenazah dulu.

Ini kty kasi cara-cara solat Jenazah yang kty copy 
dari Forum Cari Oleh Tuan Haji msaadhamid
niat jer macam ni:



"Sahaja aku solat jenazah yg disolatkan oleh imam, makmum kerana Allah Ta'ala."  

Kita niat macam ni sbb kadang-kadang kita tak sure jenazah itu lelaki ke perempuan, kanak-kanak ke dsb.

 Kalau faham bahasa Arab kita boleh tahu itu jenazah lelaki ke perempuan dsb.
Solat jenazah ada 4 kali takbir.


Takbir yang pertama niat dan baca fatehah.


Takbir kedua baca selawat ke atas nabi (selawat pendek boleh, selawat panjang pun boleh).


Takbir ketiga baca doa untuk si mati (sekurang-kurangnya baca:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ  وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ
"Ya Allah, ampunilah bagi mereka dan kasihilah mereka dan afiatkan mereka dan maafkanlah kesalahan mereka"
Kita guna "mereka" sebab sekali solat jenazah kebanyakannya ada banyak jenazah tu.

Takbir ke 4 baca doa (tak baca doa pun tak apa) dan salam.  

Perlu diingat solat jenazah hanya berdiri - tidak ada rukuk dan sujud.



Ada satu hari, aku tak ingat masa tu aku nak solat
 waktu maghrib ke asar ke Isyak ke
Masa tu aku dah lambat, kelamkabut aku jalan dari hotel ke Masjid, 
walaupun kat luar orang dah penuh ,sebab Azan dah berbunyi pun tadi ,
 aku masuk juga ke dalam Masjid.



Terus juga mencari tempat ,walaupun kalau sekali pandang macam dah takde ruang ,tapi jalan-jalan ,akhir ada satu remaja lambai, suh solat sebelah dia. Ya allah terimakasih kerana beri aku ruang untuk
 solat di dalam rumah mu ini ya allah.
Masa nie guard wanita yang menjaga hiruk pikuk mengawal keadaan,
Alhamdulillah dapat jugak aku tempat untuk solat ,
selesai solat aku ucapkan terimakasih kat remaja Arab ke Turki
aku pun kurang pasti,
yang pasti sangat cantik.

Kami hanya senyum jer ,kadang dia pandang aku..
aku pandang dia kitaorang senyum.
Hajat nak  berkomunikasi, bahasa inggeris pun dia tak faham,
jadi kami senyum2,angguk2 jer

Kadang-kadang bila dah sampai waktu solat,
keadaan orang mencari tempat nak solat ni,
ada macam-macam peel.
Kadang sebelah kita dah memang takde ruang ,
tapi ada jer yang terai juga masuk.

Memang kalau tak sabar ,boleh menimbulkan kemarahan,
jadi bawa-bawa lah bersabar 
kadang -kadang kita dah buat saf elok-elok,ada je jemaah yang tak reti bahasa selamber je buat saf lagi depan kita..masalahnya dia sorang je..dah tak jadi saf..pandai-pandai ler kita tegur dengan cara berhemah 
supaya dia tak marah kita .

seronok masa dalam masjid ,kita beritikaf ,sambil zikir ,baca quran sambil kita tengok jemaah dari seluruh dunia ,
yang berbagai ragam ,cara dan adat memasing.

Entry lain Pasal Umrah:-


 Ada lagi 2 episode je untuk habiskan entry pasal umrah ni..

8 comments:

lieyalatif said...

Lieya seronok bc tang yg akak dipermudahkan tu...tetibe je ade org lambai nak bantu kan kak....subhanallah.....

Kak, maknenye jenazah2 akan disolatkan oleh semua yg sembahyang dlm masjid tu la kak ye...beruntung kan kak sbb ramai tuu...patut laa sesetgh org ade yg impiannye nak 'pergi' bile di mekah....tempat suci kan kak....

Zura Zue said...

masa org tua tue tarik tangan kty..ape perasaan kty...???

Kesuma Angsana said...

tq share , dapat sama kongsi ilmu yang bermanafaat!

Daddy Ziyyad said...

hahaha..saspen jugak bila baca cerita makcik Tukey tu tarik tangan ke kaki dia....:P

Mmg sesak kat sana kan...mak ayah saya cerita..mmg ada jemaah yg sengaja aja himpit, padahal dah mmg takde space utk dia masuk dl saf...tak pun selamba aja duduk depan tempat kita nak sujud...Mmg kena sabar byk la kat sana kan

wahida said...

ya Allah kak...saya mengimpikan sgt ke sana kak..

saya byk miss cerita akak ke sana...saya kena baca semua ni nampaknya...

wantie said...

memang kena belajar kty. t pun tak pernah sembahyang jenazah ni.

Fiza Rahman said...

Bestnya baca kisah2 tanah suci nih.

ALoNa CintamaniszLite said...

psl saf ni...sy ada dgr citer dari kak ipar dan somi dia..hehe..