Apr 15, 2013

Perjalanan Menuju Rumah Allah..Hari yang diTunggu2


14march 2013
Inilah dia hari yang ditunggu2..hari ni kami akan berangkat ke Jeddah, seterusnya ke Madinah dan selepas itu ke Mekah Al Mukaramah..Di rumah mak sibuk memasak utk juadah tengahari sebelum kami berangkat ke Klia.

Aku seawal pukul 7am ,hantar firdaus ke sekolah,sebelum tu dia bersalam ngn nenek, maklong ,opah dan dalam kereta salam ngn mama..dia sedih,.aku Nampak dia nangis..masa dah sampai depan pintu sekolah dia keluar dari kereta pun dia nangis..ye lah ini 1st time aku tinggalkan dia agak lama.lepas tu nenek pun ikut sekali tu yg buat dia lagi sedih berganda.

Sekitar pukul 11am, ramai dah sedara mara yg nak menghantar kami berkumpul di rumah. Sekitar pukul 12.20pm mcm tu, PakAnjang aku mula baca doa , dan PakLang mula melaungkan azan, time ni aku rasa sangat seedih..
Tak mampu menahan airmata,Airmata turun sendiri tanpa diminta2, sedih kerana segala usaha aku dan adik, akhirnya tertunai..segala susah payah kami menguruskan perjalanan ini akan menjadi kenyataan.

Sedih kerana akan meninggalkan anak2 dan suami, risau akan keselamatan diaorg, lebih2 lagi aku risaukan firdaus.

Selesai je melaungkan azan, semua pun memulakan perjalanan ke Klia.
Kami turun dari rumah adalah dengan berpakaian ihram, kerana kami diberitahu oleh Afiq dan Amali ,kami akan turun di Mekah dulu,sebab itu awal2 kami sudah berpakaian ihram.

our Group

Tapi sesampai je di Klia,adik aku suarakan rasa tidak sedap hatinya ,bila melihat tiada jemaah dari TA kami yang berpakaian ihram, pelik sungguh, terus aku bertanya adik yg bertugas  disitu.
Dan rupanya kami semua tidak akan turun di Mekah, tapi akan turun di Madinah, masha allah, kenapa lah Afiq atau Amali tidak beritahu kami..cepat2 aku kol Pak Anjang yg berada di surau,sebab dia dah nak salin baju dan memakai ihram..nasib aku sempat..kalau tak naya je Pak Anjang memakai  ihram di dalam kapal terbang.

 selamat sampai di Klia

 atty & along
tq to along kerana izinkan ayg pergi , 
semoga 1 hari nanti kita dpt pergi ke tanah suci bersama


Tapi pasal hal itu bagi aku,bukan masalah besar mana, kami tidaklah marah..biasalah manusia yg selalu lalai dan tak alert. Malah ketawa kami dibuatnya, sebab risaukan Pak Anjang yg akan memakai ihram..nasib sempat diselamatkan.Kami redha jer , dugaan kecil je ni..tak perlu nak marah dan salahkan sesiapa pun.

Lepas kami check in bag semua, kami terus menghala ke depature hall,dan bersalam-salaman dgn semua yg menghantar kami..sayunya hati,walupun pergi bukannya lama, tapi perasaan sayu tetap ada .

 check in bag

Di sebabkan kami berbaju serba putih, aku dan adik bercadang utk menukar baju, sampai surau, buat jamak zohor dan asar,terus tukar baju lain.

 lepak sementara tunggu nak naik flight


Sekitar Pukul 6pm waktu Malaysia Kapal Terbang kami pun meninggalkan bumi Malaysia tercinta. Dan hati aku terus sayu + happy + melepaskan lelah atas kesusahan dan kepayahan menguruskan group kami, dan Alhamdulillah dalam berapa jam, kaki ku akan menjejak bumi Arab..

Dalam fligh,Alhamdulillah , kami selesa dan kekenyangan di beri makan 2 kali , walaupun kami sepatut naik flight Mas Chatered, tapi last minute kami naik flight Nas Air,tapi semua tu dah tak kesah, janji sampai..hasrat hati tertunai.

 Dalam Flight


 our food, diberi 2 kali makan

Kami sampai di Jeddah sekitar pukul 10pm waktu Jeddah,eh baru aku perasan masih di hari yg sama walupun aku bertolak pada pukul 6pm waktu Malaysia pada hari yg sama..mcm seolah2 dekat je..padahal 8 jam dalam flight.

Itulah kebesaran allah ..


Kat Airport ni ramai je yg jual simcard , bagi aku baik beli di sini dari beli dari TA masa kat Klia.Sebab aku terkena , beriyer ler budak tu suh beli..siap ckp jgn beli kat sana dgn harga rm60, kononnya dalam ada 40riyal.
Rupanya Tipah tertipu , dalamnya ada 25riyal je..takpe..sekurang2nya kita dah tau, kira halal ler pada budak yg jual kat Klia tu .

Alhamdulillah pemeriksaan imigresen diaorg pun sgt mudah, pekerja dia siap boleh main whatsapp.. 
Lepas selesai urusan imigresen, kitaorang pergi solat maghrib dgn isyak,sambil menanti kan bus yg akan membawa kami ke Madinah. Dari Jeddah ke Madinah mengambil masa dalam 6jam perjalanan.


Sebab dari awal ,aku dah banyak baca , jadi aku dah dapat terima, apa jua keadaan,
Kita jangan haraplah Perhentian rehat diaorg seselesa RnR kita di Malaysia..

15March 2013
Selepas melalui perjalanan selama 6 jam .akhirnya kami sampai sewaktu azan subuh. Dari dalam bus aku dah Nampak Masjid Nabawi..ya allah semua angan2 di depan mata sekarang..

Aku dan adik bersiap2 lepas kami check in hotel ,terus subuh di Masjid Nabawi..owh ye , walupun kami baru 1st time sampai,sebab dah banyak sgt baca pasal Madinah,pasal Masjid Nabawi, walupun tanpa mutawif, Alhamdulillah
Mcm kami seolah dah pernah ke situ..semuanya dipermudahkan. Syukur.

Our Lobby Hotel

 our room
Kiranya hari ni Jumaat, aku dan adik ambil peluang utk mengerjakan solat jumaat buat pertama kali seumur hidup kami ..
 Masjid Nabawi
"Pahala mengerjakan solat dalam masjidku ini ( Masjid Nabawi ) adalah 1000 kali lebih daripada bersolat di masjid masjid lain kecuali Masjidil Haram" Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.
 atty muka sembab kurang tido..ke terlebih tido

Lepas solat jumaat, kami mulakan pencarian kami, kami mencari2 mana halanya Raudah.


Pengalaman masuk ke Raudhah, nanti kty cerita di lain entry.

.

7 comments:

Azueriena Norash said...

Alhamdulillah..selamat sampai ke Madinah....seronok dengar kak yatt citer...

PurPlè said...

terigt masa nmpk tiang masjid nabawi dr dlm bas, berbunga gila hati, x caya da sampai madinah... hilang semua penat travel berjam2.

lieyalatif said...

Seronok bace kak...tak sabar nak bc kisah seterusnya....tu la kan kak sepatutnya cara komunikasi tu diperbaiki lagi....kesian yg x dpt info tu...berihram sepanjang mase kesane tu nanti sygla kan kak...sedangkan ade perhentian sebelum tu....ape2 pun semua dipermudahkan mase urusan imigresen....

Selesa tgk bilik kak....lega rase bile nampak masjid nabawi kan kak....hilang penat perjlnn panjang...

JunAina said...

Salam...masyaallah kiranya ni akak pergi sendirilah ni, main redah tp redah ada ilmu tak apa.

mamyharraz said...

Alhamdulillah.
sampai juga kty ke tanah suci.
baca pengalaman kty boelh dijadikan panduan masa akan dtg.Insyaallah.manalah tahu mungkin lepas ni turn sy pula jd bolehlah jadikan panduan sedikit sebanyak.

tak sabar pula sy rasa..

ALoNa CintamaniszLite said...

Atty ikut pakej dari agen mana??

wantie said...

tapi betul tu. mesti cuak je bila group kit alain dari orang lain. ngeee