Apr 19, 2013

Hari-hari Di Madinah & Miqat Di Bir Ali



16 March 2013
Hari Ke 2 Kami di Madinah, Kami semua bangun seawal pukul 4 pagi, bersiap-siap untuk solat subuh di Masjid Nabawi, bila turun hotel, ramainya umat islam, berduyun2 melangkah kaki ke Masjid Nabawi, suasana yg pasti sukar kita lihat di tanah air kita..
 
subuh di Masjid Nabawi

Lepas solat subuh, keluar dari masjid ,pasti ramai peniaga yang memenuhi ruang luar masjid ,dengan barang2 untuk di jual, pagi itu aku dan maklong sempat ler pegang2 , cuci2 mata ,sekali nya kami terbekenan dengan satu peniaga yang menjual jubah Egypt..memang lawa2 dgn harga yg sangat murah,sepasang 15SAR.murah giler aku rasa..nasib hati tak ke arah soping sangat ..kalau tak nauuzubillah..lupa diri rasanya


 al -Quran untuk di wakaf kan di Masjid



Aku dan maklong dapatlah sorang sepasang jugak, rugi pulak rasanya kalau tak beli..dan aku sangat puas hati dengan jubah yang aku beli..

Terus balik hotel, pergi sarapan , naik bilik balik, ambil wudhu siap2 
sebab dalam pukul 7.30am, kami akan ada Ziarah Luar Hari nie..

Tepat 7.30am,semua ahli rombongan kami yg seramai 23 org tak termasuk mutawif kami Pak Ungku, kalau masuk dia total ahli rombongan kami 24org, pun berkumpul depan masjid, dan kami pergi menaiki bas yg menunggu di seberang jalan ,

 with our mutawif @Pak Ungku

 Hotelnya dalam 10min ke Masjid

Destinasi Pertama kami adalah ke Masjid Quba:-



Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Sabda Nabi s.a.w lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)



Masa kami sampai, byk sungguh kenderaan, sbb ini antara Masjid yg wajib diziarah, kami terus mencari2 tempat solat wanita, wudhu telah siap2 kami ambil dr hotel lagi,
Untuk masuk dan solat di dalam Masjid Quba bagi wanita agak mencabar juga, kami terpaksa berebut2 untuk masuk

 Kerana tidak ada laluan keluar atau masuk, Cuma ada satu pintu je masa aku sampai sana, jadi terpaksalah kami bersesak2 juga hendak masuk ke dalam Masjid Quba.

Dan bila sampai je ke dalam, penjaga pintu wanita , terus bagitau kami “atas ibu, solat di atas ibu,
Jadi kami pun naik ke atas, rupanya atas tak sepenuh ruang solat di bawah, kami dapat solat dengan selesa, dan bila selesai solat , baru aku teringat, aku pernah bermimpi tentang masjid ini, walupun sebelum ini ,aku tak pernah tgk pun masjid ini, subhanallah, dan akhirnya mimpi jadi kenyataan.



 ruang solat ting 2,kosong je



Cabaran kami bermula lagi, bila kami selesai solat, dan hendak keluar dari masjid.
Ya allah , untuk keluar dari masjid ,dengan keadaan bersesak2, amat menakutkan aku, terutama aku takut mak dan maklong terlepas dari jagaan kami, 



Orang ramai ,semacam ombak dilautan..tapi ini manusia menjadi ombak, padahal aku,adik ,maklong dan mak , elok je berkumpul, untuk keluar, dan aku dah nak sampai ke luar..tertiba je dtg sekumpulan manusia menolak aku dan adik, serta opah,makcik zaharah serta makcik Hamidah, yg kebetulan satu group dgn kami,Kami telah ditolak masuk kembali, masyallah!

Mak dan maklong telah hilang dari pandangan aku dan adik ,takutnya aku masa tu, dilambung arus ombak manusia, aku risaukan keadaan emak dan maklong, tapi dalam masa yg sama allah bagi pulak kami tanggungjawab utk menjaga 3 org warga emas, iaitu Makcik Zaharah ,emaknya yg kami panggil opah dan makcik hamidah, paling tua ,Tentulah opah, kesian opah dihimpit oleh manusia2 dari seluruh dunia,dah ler badannya kecik,kurus,risau aku..
Sambil tu aku terus baca Rabbi Yassir Wala Tuasir ya karim.,tertiba je pandang ke belakang ada jalan belakang rupanya ! ..lah penat je kami bersesak2..melawan arus , syukur..tapi aku dan adik masih risaukan mak dan maklong ,

Terus kami cari jalan keluar untuk ke Bas kami.,.amik masa jugak ,sambil koling mak dan maklong Tanya keadaan mereka,Alhamdulillah mereka selamat sampai kat bas dah rupanya.

Dari Masjid Quba kami ke Jabal Uhud.
JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitu Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah.


Selepas tu kami ke ladang kurma, di sini aku tak beli apa pun ,hanya amik air mineral yg diberikan percuma,
Kat sini mak berhajat untuk ke toilet, tapi agak menyedihkan toiletnya sangat kotor dan takde air, perkara sebegini sangat2 biasa di sini ya..jadik dah tak hairan.  bersyukur Negara kita kebanyakan toilet bersih.




Kami tidak sempat ke Kilang Quran,kerana masa tidak mengizinkan,risau kalau kami terlepas solat zohor berjemaah di Masjid Nabawi.

Sampai je bas di hotel kami, kami naik bilik untuk ambil wudhu ,dan terus bergegas ke Masjid Nabawi ,untuk solat Zohor, lepas Solat Zohor , balik hotel balik ,lunch ,lepas lunch kami pusing2 kedai2 sekitar hotel kami, soping sikit2 apa yang patut..
 



Kurma Ajwa kat Madinah sekila 70Sar, rasa dah paling murah dari tempat lain.

Untuk pengetahuan semua, bagi pendapat aku , 
Soping di Madinah atau Mekah ,tidaklah banyak sangat pun beza,
Tapi maybe Madinah lagi murah. Tapi kalau compare 2-2 , sama je..
Tapi berpada2lah soping..yang penting kita jangan lupa buat amal ibadat..cewah..cakap.. !

Tapi bagi sesiapa yg tak berniat bawa baju banyak, boleh je beli di sini, sama ada jubah lelaki atau perempuan ,
Harga adalah sangat berpatutan, jadi tak perlu bawak baju banyak2 masa pergi ..

Kasut tawaf semua pun ada jual, dan bagi pendapat aku,
Pada sesiapa yg buat umrah,tapi pergi Madinah dulu ,lebih baik beli kain Ihram di Madinah, sebab haritu aku Tanya dapat harga 45Sar.

Jubah-jubah lelaki pun sangat murah, dengan qualiti kain yang sangat bagus.

Pada malamnya kami ada taklimat pasal nak pergi Mekah di Hotel,
Dan sedikit penerangan macamana nak mengerjakan umrah, apa yg dilarang dalam ihram,
Walaupun kita dah pergi kursus, byk kali pun, tapi bila ada lagi penerangan..kita masih lagi dapat menimba ilmu ,dan bertanya jika ada kemusykilan kepada mutawif.

Tapi aku tak dengar habis pun ,mata adalah sangat mengantuk dan badan sangat penat, ye lah sebenarnya ,kami tidak cukup rehat dari sejak bertolak dan sesudah sampai Madinah, kurangnya tidor, jadik aku dan adik bercadang balik hotel awal untuk rehatkan badan, sebab esok kami nak buat umrah, perlukan badan yang sihat.
Jadiknya PakAnjang ler dengar taklimat itu sampai abis.

17 March 2013
Kali ini kami bangun awal ,seawal pukul 3 pagi untuk ke Masjid Nabawi ,solat subuh berjemaah,
Semalam kami lewat sikit dan orang sangat ramai, tapi kami masih tetap boleh solat di dalam masjid.
Tapi sebab hari ini awal, jadi senang lah kami nak pilih port nak solat.

 subuh di Masjid Nabawi

Hari ini hari terakhir kami di Madinah , sangat sedih bila teringatkan hari terakhir aku di sini , dapatkah aku dtg lagi ke sini..selepas solat subuh balik ke hotel untuk sarapan, selepas sarapan ,ingat nak round2 kawasan sekeliling,lepas tu terus kami ambil keputusan untuk ziarah wida,sebab kalau tengahari nanti takut panas,kesian pulak mak ..takut mak tak larat

Bagi orang perempuan ,dapat buat kat luar je lah pun..kalau nak juga masuk dalam, takut tak cukup masa sbb orang ramai kalau nak ke Makan Nabi s.a..w..lagi situ kan ada Raudhah,


Ziarah Wida adalah berbeza dengan Tawaf Wida..Tawaf wida, bila kita selesai, kita dah tak boleh ambil gambar, beli belah ,dan mcm2 lagi pantang larang.. tapi berbeza dengan ziarah wida.

Kami lepak2 di dataran Masjid Nabawi yg mana bertentangan dengan Makam Rasullullah, baca doa ziarah wida, semoga satu hari nanti kami semua akan dpt ziarah Makam Rasullullah S.a.w.
Perasaan masa tu sedih sangat, sekejap je masa berlalu, kami harus meninggalkan Madinah.


Selesai ziarah wida, kami pun pusing2 lagi sekitar hotel kami,
Lepas tu berkemas apa yg patut di bilik, dalam pukul 10am ,bersiap2 mandi sunat ihram dan memakai baju ihram

Dalam pukul 11.30 pergi masjid untuk solat Zohor , kali ini kami semua aku,adik,mak,maklong dan anjang sama2 ke Masjid Nabawi, ambil gambar untuk kenangan,






terimakasih pada PakAnjang sudi jadi mahram kami
Pakcik aku ni muda dari aku..aku je yg dah kertua. :)

Selepas solat zohor ,makan tengahari, dan sekitar pukul 3 pm,.kami pun meninggalkan Madinah menuju ke Bir Ali utk Miqat Umrah wajib/pertama kami .

Bir Ali


Sampai di Bir Ali, kami terus solat Tahiyatul Masjid,solat Asar dan solat sunat ihram
Selesai semua kami naik bas , dan aku berniat umrah dalam bus, bagi orang perempuan, di sunatkan berniat umrah bersyarat:-
Caranya ialah dengan berniat ihram umrah secara bersyarat: Lafaznya seperti berikut: “Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”

Semua perempuan digalakan berniat umrah bersyarat,walupun perempuan itu sudah menopause atau sudah tua sekali pun .

Masa dalam bas kami pun mula bertalbiah, sedih + sayu ,dan macam tak percaya ,angan2ku untuk menunaikan umrah ,menjadi kenyataan..

ya allah ,terimakasih atas nikmat mu..terimakasih sudi menerimaku menjadi tetamu mu.

 
Malamnya kami singgah solat Jamak Maghrib dan Isyak di R n R di sana , utk 1st timenya aku hanya bersolat beratap kan langit dgn angin sepoi2 bahasa, berhenti isi perut 1 jam kemudian kami meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram Mekah Munawarah.

 Suasana malam , di Bumi Arab, angin nya yang sangat kuat,boleh tahan sejuk .

suka benor aku ngn maggi ni, makan pula time kesejukan
harga 5sar maggi +teh 0


 Naik bus kami mula talbiah :-

Bacaan Talbiah:
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak

Erti bacaan talbiyah:
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu


.



6 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

seronoknya..

tunggu lagi citer atty.. :)

PurPlè said...

Seronok sgt bila trigt pertama kali bertalbiah beramai2 dlm bas.. Ya Allah aku dtg ya Allah.. Huhuu syahdu..

Ummiarissa Mahdi said...

Alhamdulillah...jejak juga kaki ke sana ye...seronok saya membaca...tak jemu-jemu melihat gambar...sangat menarik...semoga saya juga dapat ke sana nanti Amin!

Dee said...

seronok dee baca kisah umrah kty..kat opis xleh masuk blog kty..kat rumah baru boleh khatam..

lieyalatif said...

Subhanallah kak!! Seronok bace n tengok gambar2 kak...mcm lieya pun same2 kat sane....lieya jakun tgk pokok kurma tu heheheheh bertuah akak dpt jadi tetamu Sllah diusia yg muda n kuat.....

Kak susu unta akak try x hehehehe

wantie said...

best la kty dapat ke sana..

ntah bila la masa T pulak. best sesangat tengok keindahan tnah suci.