Apr 4, 2013

Bermulanya dugaan


13 January 2013

Bermula dengan subuh di masjid hasanah, hari tu lepas abis je solat subuh jemaah ,aku berpaling ke belakang

Eh..ramainya muslimat hari nie..apa yang special hari nie.


Lepas tu tertiba dapat kol ,dari emak, tolong belikan garam..
Aku tak dpt habiskan kuliah subuh, sebab risau mak nak masak cepat kan.

Jadiknya dalam pukul 7.15 terus aku beredar meninggalkan perkarangan masjid.



Hari nie bersamaan hari minggu..pagi tu hujan turun dengan sangat lebat,

Aku hantar firdaus training bola, walupun hujan lebat.

Lepas tu balik rumah, dalam pukul 10.30 am ,jemput pulak balik, firdaus dr tamat latihan,hantar anak dara balik kolej, settle pasal anak2, aku dan mak , jln2 mencari brg2 utk umrah nanti



Yang sebenarnya ,hari tu aku bz sgt2, ada sahabat yg mintak tolong

Aku sms, suh je tunggu smpi aku akan kol dia, aku dah maklumkan dia awal2 bagitau aku sgt bz..hrp dia fhm.



Sekitar pukul 5 ,baru aku jumpa dan bawak ke pejabat tmpt aku bekerja,aku ajar apa yg patut

Sambil aku berwhatsapp, dgn adik aku..sekali tertiba aku dpt berita..



Yang tahun 2013 bersama 1343 hijrah, visa umrah or haji hanya akan dikeluarkan pada perempuan yg berumur 46thn ke atas je ..bawah 45thn harus pergi bersama mahram,

Sudah..camner,??? nak bawak suami? Mana ada budget! ..anak2 mcmana kalau kami suami isteri berdua pergi ,sbb mak aku pergi sama,lagipun keutamaan mmg sbb nak bawak mak, Pening kepala aku ngn adik..tertiba je rasa down sgt2..Langsung hilang mood aku, tertiba je pening kepala ,berpusing2..dah ler masa tu aku sama kawan aku, sepatah dia cakap aku tak leh nak tangkap, sbb hati dah terawang ke tempat lain.



Malam tu terus berwhastapp ngn adik, akhirnya tertiba je kitaorg dpt satu keputusan ,

Keputusan sepakat kami adik beradik, kami sepakat untuk bawa salah sorg pakcik kami

Alhamdulillah settle sudah masalah..hati kembali berbunga2 riang..lambaian kaabah tergiang2
Esoknya 14 january, terus kol pakcik, Tanya nak tak ikut kitaorg menunaikan umrah, pakcikku yg rasa mcm dilamun mimpi,Tapi bersetuju..akhirnya..jadiknya tengahari aku terus pergi ke TA mendaftar umrah. Hati berbunga riang2, tak sabar menjadi tetamu allah..ya allah terimalah kami menjadi tetamumu 


Rupanya dugaan tidak habis di sini…hati berbunga riang tu sekejap jer.
Lepas tu timbul lagi pasal isu mahram nie..di mana, hanya pakcik belah bapa sahaja yg dibenarkan menjadi mahram..katanya lah..
Sedih sangat rasa hati..dgn ada satu dugaan lagi..mmg mcm give up sgt2,badan pun penat, lagikan kepala hotak

Lps tu ada kejadian yg byk mengajar.aku erti mcm2lah…ini dirahsiakan..hanya aku dan yg terbabit sahaja yg tau..

22 January 2013
Kat ofis aku sibuk koling2 semua klinik area kajang/bangi/serdang
Untuk tau brp harga injection yg diwajibkan pada sesiapa yg nak pergi umrah..

Tak reti aku nak sebut..aku just sebut injection utk umrah.
Akhirnya aku dpt cari yg murah harganya dr yg lain..terus ajak mak buat injection takut abis stok.
Padahal belum kompem lagi dapat pergi ke tidak..tapi kita tawakal jer, aku buat injection di Poliklinik Zul Kajang dgn harga kalau tak silap aku tak smpi rm100




Kita hanya merancang tapi dia yang mengizinkan

Pada mulanya kami plan untuk pergi umrah pada bulan May, sewaktu anak dara aku cuti semester.

Tapi setelah diizinkan olehnya , tertiba plan berubah menjadi ke bulan March..masyallah..

Masa untuk menjadi tetamu semakin hampir..dan tertiba je aku rasa banyak lagi persediaan yang aku belum buat.



Tapi hati masih lagi gundah memikirkan pasal visa, pasal mahram


Masa cuti raya cina feb 2013, ini adalah masa yang sangat bz, mana tidaknya , aku harus bawak mak dan maklong pergi buat passport, dugaan di sini , kena beratur selama 4 jam  hanya untuk mendapatkan no giliran..

Aku mengambil tempat mak , mak aku suruh duduk sahaja di dalam, aku yang muda pun, masuk 4 jam mengigil lutut,  sakit tumit..lagikan mak aku yang sememang nya tidak kuat kakinya .

 tapi aku didik hati aku , aku seronok buat semua ini, walaupun keadaaan hiruk pikuk, tapi aku seronok memerhatikan telatah orang ramai, begitu juga masa di Tabung Haji..macam2 peel kita tengok di Malaysia, belum sampai lagi di tanah haram. 

Alhamdulillah document penting siap,esok dah ler submit semuanya pada TA.



14 feb 2013

Aku , mak dan adik kami ke pejabat TA,untuk confirmation pembayaran yg telah dilangsaikan sepenuhnya , dan untuk menghantar segala macam document, di  sini satu masalah lagi baru kami tau..

Kami dengar dari perbualan TA dan customer , banyak flight delay..ya allah risaunya hati aku dengar..bukan setakat visa sahaja jadik masalah , tapi masalah flight pula..ramai yg marah2 sbb flight delay..bagi aku itu semua dengan keizinan dari allah ..tak kesahlah tak dapat naik flight mas charted ke , dapat naik apa pun, yang penting kami selamat pergi dan balik. 

 TA kami yang menguruskan group kami seramai 5 org

 pasport, sejak balik dari Mekah ni, aku tak nmpk mana pasport ni.
mana tau tahun depan ke..2 thn lagi ke..nak gie buat haji ke..mana tau..

Handcarry beg dari TA.


 kami tak dpt beg besar..sbb pakej kami ni bukan mahal pun..pakej mampu kami jer.

Lepas ni dugaan 2 pulak..tak abis lagi dugaan selagi tak sampai selagi itu ada dugaan.

Bukan senang nak jadi tetamu allah..lebih2 lagi pada org2 yg byk dosanya seperti aku..ini..huhuhuhu..

 

7 comments:

NM03 said...

dugaan sebelum sampai ke rumah Dia, moga saya juga akan ke sana nnt dengan inzin dari Dia. in shaa Allah

Daddy Ziyyad said...

Suntikan meningococcal nama nya tu..Ada yg boleh tahan sehingga 5 tahun, ada yang 3 tahun.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

moga dipermudahkan...segala urusan...

Cho Zila said...

dugaan dariNYa membuatkan kita lebih menggunakan akal dan fikiran.. kena percaya sesuatu yang datang dariNya pastilah penuh dengan kebaikan...

Dee said...

xde seorang manusia pun yg tak berdosa kty..alhamdulillah..setelah mcm2 halangan akhirnya kty berjaya jugakan...ada orang jalannya mudah kty..ada orang jalannya sukar..yg sukar pasti dikenang sepanjang hayat..

sW33tdARLiNG said...

ujian ni Allah nak duga kesungguhan Kty nak ke sana gamaknya.. alhamdulillah, kty lepasi ujian tu kan...

PurPlè said...

Huhuu sedih plak bila igt dugaan yg melanda.. Sesungguhnya ada hikmahnya. Bila da settle semuanya, terasa kemanisan di sebalik ujian..