Apr 24, 2013

Akhirnya dah Nampak Safa Tower , kami menjejak mukabumi Mekah


Setelah penat bertalbiah, kekdg terlelap disepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, akhirnya group kami seramai 24 org sampai juga ke Tanah Suci Mekah. Dari dalam bas,aku sudah Nampak menara Jam di Safa Tower.





Dalam Hati macam tak percaya yang akhirnya aku menjadi tetamu allah..ya allah aku bersyukur ya allah, .

Sambil mata melilau je tgk Jam di Safa Tower, airmata kesyukuran mengalir..



Masa tu sekitar pukul 11.30 mlm waktu mekah, kami sampai ke hotel. Check in hotel, makan ,amik wudhu,terus berkumpul di depan hotel untuk umrah pertama kami. Kami bercadang mengikut mutawif, sebab ini umrah pertama kami.


 otw nak ke Masjidil haram ,lepas check in hotel

 berjln kaki ke Masjidil haram, alhamdulillah hotel kami dkt jer

 perasan tak, mak ngn maklong pakai bunga di kepala
senanglah kami nak cam mak ngn maklong, walaupun ramai je yg pakai tanda 

 hati berdebar2 saat menghampiri Masjid teragung di muka bumi ini

Kami menginap di Al Saraya Hotel lebih kurang 150 meter dari dataran Masjidil Haram.Alhamdulillah tak sampai 10 minit berjalan kaki kami sampai di dataran Masjidil Haram, dan kami masuk melalui pintu 1 King Abdul Aziz ,inilah Masjid yang menjadi keagungan semua umat islam, kerana di Masjid ini lah terletaknya Kaabah..selalu aku tengok dalam tv, hari ini ,dalam sejarah aku dpt saksikan sendiri Kaabah dengan mata kepala aku sendiri..syukur ya allah.


Hati ku berdebar2 bila saat menantikan ,sekejap lagi aku akan melihat kaabah ,
(time ni aku dah simpan kamera,sbb jap lagi nak berdoa)

Masuk je kaki ke dalam masjid, hati aku tak terkata ,tak dapat aku luahkan dengan perkataan, hati aku sedih, nak meraung pun tak terkeluar, Cuma air mata menitis tanpa ditahan2 ..alhamdulillah ya allah, kau perkenankan doa ku..kau makbulkan doa ku ,utk menjadi tetamu..tetiba je berat bahu selama ini yg aku pikul ,untuk menguruskan urusan ke sini..tertiba je menjadi ringan..semua yg terbuku di dada semacam pergi..dan badan terasa ringan, dpt melepaskan segala beban selama ini .



Masjidil Haram yg tidak pernah sunyi dari org ramai , penuh di mana2 setiap sudut masjid pun.

Lepas tu group kami simpan kasut dlm uncang kasut, lepas tu letak kat almari kasut yg disediakan .

Terus kami berjalan..sayup2 dah Nampak kaabah..



Air mata menitis perlahan –lahan..mensyukuri nikmat yang allah berikan ..

Kami berhenti sejenak sebelum turun ke dataran Tawaf untuk berdoa, pertama kali Nampak kaabah.



Doa pertama aku semasa melihat kaabah..:-


Ya ALLAH, kau ampunilah dosa-dosaku sehingga ke akhir hayatku. Kau makbulkanlah segala doa-doaku yang engkau redhai..dan semoga ini bukan kali terakhir aku berkunjung ke rumah mu ya allah..
Kau murahkan lah rezeki ku untuk datang berkali2 ke rumah mu ini ya allah,kau jemput lah jua sedaramara, sahabatku yang lain ya allah untuk menjadi tetamu.

 ya allah ya tuhanku, janganlah dijadikan tawaf dan ziarah ku ini sebagai kali yg terakhir di Baitullahmu, jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali terakhir bagi ku, aku pohon darimu ya allah, syurga sebagai gantinya ..ya tuhan yang amat pemurah lagi penyayang. Kau murahkan lah rezeki ku untuk datang berkali2 ke rumah mu ini ya allah



doa yg pernah ku baca..dan aku ingati, dan aku ulanginya berkali-kali

 selain itu aku turut berdoa dimurahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat.



,sambil dgr mutawif bagi penerangan, lepas tu kami pun beramai2 turun ke dataran dan dapat penerangan skit dari mutawif ..lepas tu aku,adik,mak,maklong dan anjang terus buat sendiri tawaf wajib



Tawaf di mulai dari lampu hijau ,dan dari bucu hajar aswad, kita berniat tawaf ,selepas  beristilam dengan mengangkat tangan sambil  "Bismillahi allahuakbar Allahuakbar Allahhuakbar walillahilham”




 dataran tawaf, ramai yg kurang percaya, umrah taun ni dah mcm musim haji

Lepas tu keliling kaabah sbyk 7x , lalu di bucu rukun yamani dan istilam sambil lafazkan

  • Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad kita baca:

(رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)

(اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفاقة ومواقف الخزي في الدنيا والآخرة).





Ingat bahu kiri kita jangan lari dr mengadap arah kaabah,kaabah harus sentiasa belah kiri bahu..dan kita mesti ada wudhu ketika melakukan tawaf.



Dan akhirnya dlm masa 30 minit kami selesai melakukan tawaf , dan selepas tu kami berlima sama2 solat sunat tawaf betul2 di belakang Makam Nabi Ibrahim dan setentang Pintu Multazam..lepas solat sunat tawaf,doa di baca oleh Pak Anjang, Anjang baca doa dengan penuh syahdu + tangisan sehingga kami semua mengalirkan airmata..turut terasa kesedihan itu..







Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Surah ArRahman. Ayat 023.




Selesai Tawaf, selesai solat sunat tawaf ,minum air zam2 kami menuju ke Saie,

saie dilakukan  Antara Safa dan Marwah ,kira nya mula di Safa dan berakhir di Marwah.

Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 405 meter. Ketika melintasi  Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.



 Menaiki bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم

 Mengadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah,
untuk waktu skrg kita tak nmpk dah Kaabah dari tmpt Saie,sebab pembesaran..
tapi kita tgk org lain..kita boleh agak kat mana Kaabah.

الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد  

 Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu neon hijau atau tiang hijau

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

happy je muka buat saie
  
Menaiki hingga sampai ke kawasan berbatu di Bukit Marwah. (Sekarang ini kawasan adalah batu-batu di Bukit Marwah iaitu selepas pembesaran oleh pihak Saudi adalah batu replika sahaja) – sambil membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم



dan sambil2 kita jalan utk habiskan Saie, boleh lah kita baca doa mcm dlm buku yg TA kasi, aku ikut sbb nak tau, dh brp pusingan aku buat, lps abis baca doa, kita boleh berzikir atau bertasbih.

 nampak lengang je kan..time ni mmg lengang..tp lepas keesokannya 
penuh sesak.. 
Masa aku buat umrah wajib aku ni, time ni org belum lagi ramai..tapi lepas je hari ini..hari2 yg seterusnya ,time buat saie..mashallah..penuh sesak tempat saie..apatah nya lagi tempat tawaf.Walupun mcm tu ,bykkan berdoa semoga dipermudahkan, inshallah..ada tempat utk kita walau sesak camner pun.
  
 
Alhamdulillah kami selesai pada pukul 4.15 am waktu Mekah , dan kedengaran Azan pertama utk waktu subuh..selesai kami saie, Kami semua baca doa, dan bertahulul.Maka selesailah umrah wajib kami..alhamdulillah! 

Tahallul ialah diperbolehkan atau dibebaskannya seseorang itu dari larangan atau pantangan ihram. Pembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu dengan mencukur atau memotong rambut sedikit sekurang-kurangnya 3 helai rambut.

Selepas tu kami solat subuh di Masjidil Haram , solat subuh pertama kami yg mengadap Kaabah, sayunya hati..syukur ya allah …selama ini aku sujud atas sejadah yg hanya ada gambar kaabah, tapi berlainan kali ini, bila aku solat, kaabah betul2 di hadapan aku .

Kerana masa itu dah pukul 4.30pm camtu..adalah dalam 45minit nak masuk subuh, jdk kami bergegas keluar dari tmpt saie menghala ke dataran tawaf ,dan cari tmpt solat yg mengadap kaabah..selalunya port wanita di belakang Hijir Ismail.

Walaupun tak dpt betul2 depan..tapi masih nampak kaabah ,itu pun dah sangat aku bersyukur.. 


 nampak lah kaabah dari tmpt kami



Allah menurunkan 120 kebajikan/pahala kepada umat Nabi Muhammad SAW.Pembahagiannya  ialah 60 pahala kebajikan terletak pada amalan tawaf,40 pahala kebajikan terletak pada amalan solat dan 20 pahala kebajikan terletak kepada pahala melihat/memandang kaabah.Jika dicampurkan 60 ,40 dan 20 jumlahnya ialah 120.

 Sambil menunggu solat subuh, sambil tu juga aku berdoa mcm2, sambil memandang kaabah, buat solat sunat , doakan sedara mara ,sahabat handai semoga satu hari nanti juga dijemput untuk menjadi tetamunya, dan aku membacakan doa2 yg telah dikirim oleh sahabat2 ku..ya allah semoga ko makbulkan doaku.ameen

Selepas solat subuh di MasjidilHaram ,kami semua balik ke hotel utk sarapan dan istirehat ,lepaskan lelah, penat naik bus 6 jam dari Madinah ke Mekah, sementara menunggukan Solat Zohor yang akan masuk sekitar pukul 12.30pm.


Selalunya seawal pukul 11am,kami dah ke Masjidilharam, sebab takut penuh.

Bila berada di bilik hotel, kdg aku berkemas, ada sekali aku cuci baju hantar kat dobi.

Kat sini dia tak kira kilo baju2 itu..tapi diaorang kira sehelai abaya rm6 mcm tu.

Ishh ..rasa mcm tak larat kalau asik antar dobi, jdk terpaksalah mencuci sendiri .


.

12 comments:

Lyn Yusoff said...

sernoknya baca journey kak ty menunaikan umrah...

JunAina said...

Syukur alhamdulillah...teruja Aina baca. Moga suatu hari ada rezeki Aina pulak untuk menjadi tetamu di rumah Allah.

Zana Nordin said...

Allahu Akhbar...
seronoknya kak atty
zana baca pengalaman kak atty tunaikan umrah...
moga sampai masanya kami di panggil ke sana pula...amin

mamyharraz said...

subhanallah.
tak terucap dgn kata2..teringinnya kty..teringin sgt nak pandang kaabah dgn mata ini.
semoga satu hari nnt Allah kabulkan keinginan sy ini.

bertuah kty dpt merasa ke rumah Allah.

Cho Zila said...

saya akan terus membaca.. mungkin boleh jdai pedoman saya suatu hari nanti..

NM03 said...

bejurai2 air mata saya membaca tiap baris tulisan kak atty...


semoga saya juga dapat merasai ape yang kak atty dah rasa. in shaa Allah

Fiza Rahman said...

BEstnya kak. Smoga giliran saya dpt kesini satu hari nanti.

norhidana miswan said...

salam kak... dh lama nmppak blog akak tp tak kesempatan nk tinggal komen, kite kenal dulu kt fp rasanyer kan kak...

seronoknyer akak dh sampai ke sana, ada mcm2 tanda yek di pakai supaya senang nk kenal...

Dee said...

dee baca pun menitis airmata kty..yelah..mcm mimpi jadi kenyataan kan bila pertama kali kita nmpk kaabah depan mata..

Amanda Suria said...

Subhanallah..akak dah terpanggil untuk ke sana...alhamdulillah...

NzA said...

Alhamdulillah syukur atty dh smpai ke sana.......

wantie said...

Maaf kty. ntah kenapa la pulak bloglist kty kat blog T tu tak appear entry terbaru kty. Dalam ati dok ingat yang kty tak buat entry.

hari ni tengok, banyak tul yang tertinggal. maaf yer kty. sib baik kty jengah blog T.

hmm.... harga dobi tu mahal. lebih baik basuh sendiri. RM6.00 kalau kat sini sehelai 1.50 je.