Dec 10, 2012

Ye aku sudah bertaubat

Sedang aku kusyuk berbbm ngn my anak dara cerita pasal bayaran yuran pengajian, pasal dpt menginap asrama (syukur alhamdulillah)
dapat kol dari seorang sahabat lama

dah bagi salam ..salam pun dah dijawab
terus ler sahabat lama ini bagi soalan cepu emas..

Kawan : ko dah bertaubat ke ty ??
aty : dalam hati pelik jugak soalan nie , tapi jawab je lah ..ye lah ..bertaubat lah dari kurang baik menjadi kepada yang lebih baik lagi , insyallah ..amin .

kawan : Ye lah aku nengok ko lain je sekarang..
aty : apa yg lain ..aku sama je ..takde benda yg berubah pun ..kalo org buat lawak ,aku boleh ketawa lagi , takde pun tak ketawa..aku still ada lepak kedai mamak ..still tgk wayang ..takde apa pun yang lain

kawan : Takde lah ..aku dapat rasa ko lain ..

perasaan aku , bila org tanya part taubat ni , nak kata sensitif ke aku
tak jugak..tapi pelik itu ada sikit..kenapa susah ke orang nak terima perubahan yg baik
asal kita berubah jadik lebih baik ..org chop kita ni bertaubat..seolah2 sebelum ni jahat sangat kah kita ???

Bertaubat ikut cara aku ..dari segi pandangan mata aku
ada banyak cara taubat ..atau dikenali peralihan

kalau dulu kita tak cukup solat lima waktu ,sekarang kita cukupkan ..atau buat lagi solat2 sunat..kira overtime lah ..

kalau dulu kita tak rajin baca quran, sekarang hari2 kita mesti baca , walupun hanya satu muka surat

kalau dulu tak penah jejak kaki ke masjid, sekarang kita cuba solat berjemaah,..cuba pergi majlis ilmu yang di anjurkan di masjid..sbb sesiapa yg rajin berada di majlis ilmu insyallah allah tidak akan melalaikan nya ..

kalau dulu tak pakai tudung atau mendedahkan aurat, sekarang kita pakai tudung..tutup aurat

kalau nak ikutkan banyak nak sebut..tapi jari penat pulak menaip ..
benda ni senang je..

Semuanya datang dari hati , tapi taubat ni pun merupakan hidayah , jugak dari allah
ye lah kalau tanpa hidayah dari allah mana mungkin kita akan bertaubat

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

 ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Tetapi Hidayah dan iman perlu di cari
 sebagaimana sudah dinyatakan dalam surah Ar-Raad, ayat 11, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Jadi kita jangan pedulik apa orang nak kata pasal kita ,
anggap semua tu cabaran , sebab bukan senang nak senang..lelagi kalau kita nak buat benda yang baik.

.

16 comments:

lieyalatif said...

alhamdulillah...perubahan ke arah yg lebih baik kan kak....harap2 lieya pun begitu.....

Queen said...

mcm tak kena je soalan die tu ..

perkataan bertaubat tu..ye..mcm kak ty ckp la..jahat sangat ke aku sebelum ni..

xpe.pintu taubat sentaisa terbuka

Nurhayati said...

slalunya kak kakty
org yg tanya soalan tu
dia dpt kurang kasih sayang dr kita
maybe sblom ni kakty slalu keluar or borak ngan dia
tetiba dh lama xwat cmtu
tu kot dia kata kakty dh berubah hehe

Rasp said...

apa yg tulis disini...
i setuju 200% sis...
mulut org susah nak tutup...
so biarkan je lah dorang nak kata apa kan sis...
asalkan nawaitu kita tu ikhlas dah....

Hasnah said...

xkisah apa org/manusia menilai kita. itu xpenting/xberhak. Hanya Allah sahaja yg berhak menilai kita sebagai hambaNya =)

Daddy Ziyyad said...

Nak berubah menjadi baik, mmg ada sahaja cabaran nya...diperlekehkan, di salahertikan, di pandang sinis...macam macam...Yg penting, kita tahu niat kita sendiri, dan semua yg kita buat tu adalah utk allah...jadi kita tak perlu fikir apa kata Hamba..kita cuma perlu fikir adakah Tuhan kita redha..:)

PurPlè said...

betul3x...
bila kita 'bertaubat' x semestinya kita jahat sgt sblm ni... tapi sedar diri masih x cukup baik & ambil peluang yg ada sementara masih hidup ni utk cuba jd lebih baik. alahamdulillah, jika kita mampu tersedar @ disedarkan drp terus leka...

wahida said...

berubah ke arah kebaikan pun ada byk halangan kan kak...

mmg kena byk bersabar kalau nak berubah ni...

wantie said...

adoi.. soklan tu mcm le sebelum ni kaki clubbing plak.

betul tu, time sembahyang kita kena la bertaubat. secara perlahan lahan kita tiungglalah tabiat buruk kita tu.

bukankah bertaubat tu adalah dengan cara memohon keampunan kepada Allah dan meninggalkan perbuatan buruk tu.

ct rahani said...

yup setuju dgn akak.. nak berubah ke arah kebaikkan memang byk dugaannya.. semoga kiter sentiasa dalam lindungan-Nya selalu.. amin..

Ummiarissa Mahdi said...

begitulah sikap orang..bila nampak kita berubah sedkit je..dah dikatakan lain macam...sedangkan kita dituntut perbaiki diri menjadi lebih baik dari semalam...supaya kita menjadi orang yang bertaqwa...

MrS. F!zA said...

insyaallah kak jika ttapkan niat kita wp apa dugaan dan cbrn psti blh ditempuh.. moga sy bgitu jgk kak..

ssh jgk kalo nkfikir psl org yg tkleh tgk prubahan ke arah kbaikan ni..

nkmtk tlg vote smbil join GA

http://www.mrsfiza.com/2012/12/jom-menang-lucky-draw-fm-uss-singapore.html

hanya klik button G+1 di antara arrow up n down aje dan tggl komen

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

Yg penting kita x buat perkara yg di larang Allah.. Berjudi, minum arak, berzina.. Betul x kak? Insyallah pintu taubat sentiasa terbuka utk kita

Cho Zila said...

kalau dapat soalan gitu memang rimas nak menjawabnyer.. semua bendatu subjektif.. bergantung...

the kecik said...

InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan urusan Kak Atty sekeluarga. Bertuah sya dpt kenal n kawan dgn kak atty. keep it up bebeh!

ALoNa CintamaniszLite said...

Bertaubat?? hehe...

Menusuk jgk perkataan ni, ye..