Aug 3, 2012

Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar




Beli di Pasaraya Giant dengan Harga Rm10+.
Tapi kalau boleh beli Jenama "BRAGG" sebab lebih natural/organic
kty ni ada org beli kan ..

  
Khasiat Cuka Epal

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.
Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Epal Cider atau cuka epal bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 10 ribu tahun dahulu, ilmuan perubatan telah menggunakan epal cider dicampur madu sebagai tonik kesihatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan.


Di Malaysia, masyarakat cina telahpun sedia maklum tentang cuka epal, dan kebanyakan keluarga ada menyimpan dan mengamalkan minum cuka epal setiap hari. Namun, masalah utama adalah rasa dan bau cuka epal yang tidak enak.

Tahukah anda bahawa cuka epal digunakan sebagai tonik kuat tentera Julius Ceaser dan pahlawan Samurai jepun?

LAGI KHASIAT CUKA EPAL

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya. 



 Cara pengambilan
Boleh di ambil dengan dua cara. 
Cara pertama, 1 sudu cuka epal dicampur dengan sedikit madu asli. 
Cara kedua adalah dengan mencampurkan 1 sudu cuka epal dan segelas air.
Boleh juga dicampur dalam masakan.
Atau dicampurkan Satu sudu cuka epal + satu sudu serbuk organic.

Info Credit to Sini  




15 comment:

lieyalatif said...

eh lieya tau cuke epal ni kak...mmg elok utk sape2 yg tgh diet...kalo betul care pengambilan ngan displin mmg leh turun byk kg.....

mamyharraz said...

pernah nampak kt kedai..tp baru skrg tau kegunaannya utk apa.

tq kty share info.

Neeza.Areef said...

utk campo dlm masakan ke kty

fiza said...

Nak kena cari nih. Byk khasiatnya yer. Thanks for sharing kak.

Fai CeritaCinta said...

salam perkenalan kak... first time fai dengar tentang cuka epal ni.wahhh, banyak ye khasiatnya..

wantie said...

saya pun guna cuka epal jenama ni. sejak mengandung saya tak makan dah. last dia jadi kale dark brown. tak berani la nak makan.

sekarang ni saya gunakannya untuk basuh ikan. hehehe...

saya minum bersama dengan serbuk organik. lawas pepagi tau.

nanti bila anak dah tak menyusu saya akan amalkan semula.

Kesuma Angsana said...

info yg bagus ini.. kalau x beli tanpa tau kegunaannyer

ALoNa CintamaniszLite said...

Penah minum cuka epal ni tp lama2 jd tak suka. Tinggal suku botol....masukkan dlm masakan, hahahaha.

Che Rosliza Che mat said...

pernah tengok...baru tahu khasiatnya...thanks info...

Sidratul Muntaha said...

x terpikir yg boleh buat diet
sedang klu buat red velvet mmg ayu guna cuka epal nih

Cik Wanie Ghani said...

wanie mmg pernah amik nie,
tapi sejak kebelakangan nie,
wanie stop kjap...
hihihihi

tapi mmg bagus utk diet:)

eita said...

kak atty ita leh minum ke dlm keadaan mcm ni?

Yatie said...

Selalu wat masak je kak..mungkin blh try letak madu plak...

Siti said...

Klu pregnant bleh ambil ke cuka epal ni?

Siti said...

Klu pregnant bleh ambil ke cuka epal ni?