Jun 26, 2012

Berdoa Bos tak Kol

Kejadian berlaku minggu lepas hari Rabu kalau tak silap
Bos dah dua minggu outstation
Aku ketika itu baru je sampai opis ,setelah berlepak2 di rumah mak dari pukul 12 pm bawak ke pukul 2 pm
Tertiba sekitar pukul 2.30 dapat kol dari kawan lama yang dah 10 tahun tak jumpa
Katanya dia ada sekitar UKM, alamak dah dekat sangat tu 
Jadi dia ajak jumpa, aku pulak tengah time keroje
tapi tawakal je , pergi jumpa
sebelum keluar pintu opis berdoa , bos tak kol..tak de kerja urgent nak kena buat, takde customer nak dtg opis, 
telephone aku dah divert ke handphone aku , sepanjang perjalanan nak ke tempat yang dijanjikan aku berdoa2 dalam hati , sekitar pukul 3 kitaorang pun jumpa, 

Happy sangat dapat jumpa , ye lah dah 10 tahun kot tak jumpa
dia merupakan kawan sejak aku sekolah rendah, sampai le sekarang, kami terpisah lebih kurang 10 tahun , lost contact tertiba ,sebabnya kawan aku ni kerja nya merantau ke seluruh dunia
dipertemukan di facebook , itu pun ada sorang kawan aku yang aku jumpa dipasar malam yg kasi tau
kiranya facebooklah yg menemukan kami kembali ..

kawan aku ni tau aku ada blog, tapi dia tak tau link
banyak kali dia mintak aku tak kasi, kadang rasa malu ler pulak kalo kawan baca blog yg mengarut2 nie.
semoga lepas ni kita dapat jumpa selalu..


10 comments:

lieyalatif said...

alhamdulillah....dpt jumpe kawan lame akak yeak...bos pun mcm paham2 tu kak heheeheh takde dikaconye kakty heheehe

kakty, nampak makin kurus la kak....cantik!

Ardini Humaira said...

hehe nape tak kasi link ke dia.. mana tahu dia leh jadi pembaca tegar :D

PurPlè said...

dah lain dah... klu jumpa kt luar ni mmg x cam.
sama lah kita, segan nak bagi kawan baca blog sendiri...

wantie said...

best tul woo kalau leh jumpa kawan lama.

t ni plak ada kawan lama dah tak jumpa. call number ada, fb pun ada. tak de masa nak pi jumpa la pulak. ngeee

[-suziey-] said...

waaaa 10 thn xjmpa dpt jmpa bestnyee....byk bende nk disharekan kan..

Zana Md Nordin said...

wah....dpt jumpa kawan lama yerk kak atty
seronok kan.
sure macam2 citer lama keluar...
melepaskan rindu
zana rindu sangat nak jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu

Neeza.Areef said...

betaun2 x jmpa kdg segan je klu jmpa
apatah lg klu baca blog kita..hhe

mamyharraz said...

lamanya terpisah.
sy pun sama kty kebanyakkan kwn tak tau pun link mamyharraz nih kecuali kwn fesbuk yg berapa kerat tu =P
kwn2 ofis lglah sorang pun tak tau.

Liza Razak said...

mesti asyik nervous kan takut tetiba bos call...nasib baik sempat jumpa member :)

Dee said...

dee phm sgt perasaan dpt jumpa kawan lama yg terpisah dan dipertemukan semula melalui fb..seronokkan kty..