Jun 19, 2012

1st day Padang>> Bukit Tinggi

Seawal pagi pukul 3am, sudah bangun , masak utk anak2 dulu sebelum aku sendirinya berjimba2
lepas tu gerak ke rumah nora di Bukit Mahkota, kerana aku park kete kat rumah nora dan tumpang nora ke Lcct , sebelum ke Lcct , kitaorang pick up kat fida kat Nilai, 1st time aku jumpa dia, 
orangnya lembut je dan baik hati .

Kemudian kitaorang terus dihantar oleh suami nora ke Lcct .(Tq Aloy..sudi jadi supir kami.)
Kebanyakannya aku dah ada jumpa masa 1st gathering ,seminggu sebelum kitaorg pergi ke padang >> bukittinggi, jadi masa berjumpa kembali pada hari kami nak ke padang, 
kebykannya kami dah tau nama ,dan dah kenal..
tengoklah senyuman memasing..dah tak sabar nak g jalan2


Untuk 1st day punya itternery kami adalah seperti berikut:-
- breakfast di lamun Ombak
-lembah anai air terjun
- Rumah gadang muzium (boleh cuba pakaian tradisional)
- lunch restouran PAK DATUK
- SHOPPING TIME ( SaiSuak, pandai sikek, )
- check in hotel (Hotel Nikita)
- Malam ke Yenie Bordie tmpt jual telekung ngn kain sulam jugak
- Dinner  di Warung djan jan

Sambung balik citer pasal trip nie

Flight kami ialah pukul 7.50 dan kami sampai sekitar pukul pukul 8.30 waktu indonesia.
Sebaik sahaja sampai di Airport padang , kami disambut oleh TA kami si Aldi, orangnya kelakar, memang tak rugi kami semua dapatkan si aldi sebagai Tourist Guide kami.

Naik je bus , tersedia sarapan, Tapi kami tetap dibawa sarapan di Rumah Makan Lamun Ombak oleh Aldi



Kat sini ada kami terai Murtabak Mesir, tp gambar lupas nak senap.

Lepas sarapan kami terus Ke Lembah Anai




Dari lembah Anai kami teruskan perjalanan ke Bukit tinggi 
Tempat pertama kami singgah ialah Rumah Gadang, 
Di rumah gadang ni kita boleh mencuba baju tradisional orang minang 
Masa belum sampai sini..memang aku mcm beriyer2 nak terai..tapi bila sampai je..terus kensel niat.
Fees masuk rumah gadang ni ir4k, terai baju minang ir50k
Tapi sebenarnya seronok kalau cuba pakai , geng yang lain semua terai jadi perantin minang kabau
Aku ngn kak lang je tak terai, tapi okeh gak boleh jadi photograper





Dari rumah Gadang , kami dah tak sabar2 nak abiskan rupiah yg berjuta2 kami bawak tu
Jadi our TA ,si Aldi pun berentikan kami di satu kedai baru namanya Saisuak
yang menjual telekung sulam, baju sulam, kain pelekat,batik..

Kat sini harga agak berbaloi jugak

lepas dari sini kami makan tengahari
di kedai makan Pak datuk



Lepas perut kenyang, kami gerak lagi utk bersoping menghabiskan rupiah yang ada
kali ni kami dibawa ke Kampung Pandai Sikek
Apa maknanya Pandai Sikek, maksudnya Pandai sikat.
Kat sini rata-rata penduduk kampung terdiri dari peladang
yang mengusahakan tanaman sayuran




Kedai2 di Pandai Sikek

Oleh sebab semua pun dah kepenatan
kami cadang balik ke Hotel untuk rehat2 kan badan
Kami menginap di Hotel Nikita
walaupun bilik takde aircond ataupun kipas angin
alhamdulillah suhu dingin je, tapi tak ler sejuk mcm kat cameron di waktu malam


Dapatlah rehatkan badan dalam 2 jam
Tepat pukul 8pm, aldi datang jemput kitaorang
round-round bukit tinggi
dan sekali lagi ke tempat soping baju sulam
Yenie Bordir, kat sini kty rasa mcm mahal sikit
Tapi baju kebaya pendek tu sama je kat tmpt lain pun
cuma telekung mahal sikit dari tempat lain

Balik dari Yenie Bordir , kami singgah makan di warong Djan djan
boleh tahan kedai ni , harga pun berpatutan
paling direkemen makan adalah mihun goreng, mmg sedap sangat

Selesai makan, kty ke cyber cafe bersama kak fida, saja tinggalkan pesanan utk tersayang di Malaysia di fb dan blog, sbb talian hp takde line, lepas tu kty decide beli simkad indonesia,
Cyber cafe tu kty main tenet dalam 1/2 jam lebih skit je dikenakan bayaran Ir1k=30sen je camtu
lepas tu beli simcard Ir10k, kty top up Ir20k=jadi dalam simcard ada dlm sekitar Ir28k, tapi tahan sampai kty balik malaysia hari ke 4 , walupun main tenet , kty masuk fb , twitter..masih tak abis2 creditnya ..mmg berbaloi..

nanti -nanti kty update 2nd day .



16 comments:

mamyharraz said...

cantiknya padang.
terus sy masuk dlm wishlisit family trip..kalau ada rezeki mahu ke sini jg.

hati terus rindukan indonesia~

next plis kty :")

Riny said...

seronok nye!!!...:)

ALoNa CintamaniszLite said...

seronoknyer..
tumpang seronok tgk kembara Atty ni..

SURIA AMANDA said...

berkenan ngan kain2 sulam tu..i ni hantu kain pasang...

wantie said...

waduh waduh kamu.. ke sebrang ya. ku pikir ke mana kamu menyepi.

air terjun nampak dingin sekali. kok kamu tidak mandi atau basah basah badan di sana?

hehehe...tersalah channel indon la pulak.

Nana said...

beznye..
Klwmg rombongan ramai mcm ni save skit kan

Ietams said...

seronoknya kak ty.. nanti update lagi eh.. tak sabo nak baca

mamainaa said...

bestkan kak ty...nnt kita g lagi..

mamainaa said...

bestkan kak...lenkali ada duit, tiket murah kita repeat lagi yer..

Rasp said...

tingin lak nak ke padang....
masuk wishlist jenjalan gak aaa...

atty's said...

@wantie tak mandi pun wantie.just snap2 gmbr je

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang bagus dengan harga tour yang cukup berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah ketenangan kami.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Snow Heart said...

Baru balik dr Bukittinggi minggu lepas. Saya guna khidmat Aldi Safri utk 2nd trip nih. Sgt2 enjoy & very memorable. Masa 1st trip dulu, saya guna Kita Holiday Travel & Tours. Kami dpt driver yg suka bawa kat tmpt2 shopping yg tak best & paksa2 kami beli kat tempat tu. Kualiti tak cantik pun. Mungkin tmpt yg dibawanya tu dia dpt komisyen yg tinggi kot. Pastu, bila minta bawa kat tempat lain yg kami nak pegi, byk plak alasannya. Tension kami dpt driver mcmni perangainya. Berbeza dgn Aldi, dia ikut je kemahuan kami mana nak pegi. Dia jgk akn bagi suggestion yg mana patut pegi dulu & tempat mana yg patut pegi kemudian. History knowledge pun bagus. So, sape2 yg berminat, boleh wasap Aldi kat no ni +6281363385879.

arman pribadi said...

Assalamualaikum.
Saya menawar kan harga harga cantik untuk pelancongan tuan dan puan ke bukit tinggi.dan transport yg bagus.servis di utamakan..bila ada tuan dan puan belum dapat contack.boleh hubungi saya di no.+6285374176166.whatsapp.fb.komen ajo.
Termakasih.

Amsyahril Syahril said...

Hai snow Heart = Aldi Safri

Kalau anda nak promosi, promosilah sendiri jangan menjelekan orang, semua driver yang Kita Holidays pakai orangnya educated, saya bukan pakai assistence driver untuk bayar murah......

Berusahalah secara baik-baik jangan menfitnah cam tu, dalam bisnis jangan pakai busuk hati, dengki, dan jelous, kita boleh bersaing dengan memberikan pengkhidmatan yang bagus pada tetamu, bukan dengan dengan memfitnah.

Saya yakin orang yang memfitnah jalannya akan disempitkan oleh Allah...

Amsyahril Syahril said...

ha ha ha malu lah
Snow Heart = Aldi Safri