May 16, 2012

Kelas terapung

Ingat-ingat lupa atau terus tak hingat ..hahahhahhaha
ye lah dah berapa tahun pulak aku tinggalkan alam persekolahan nie,dah berpuluh-puluh tahun jugak

Cikgu-cikgu masa sekolah rendah , rasanya langsung tak ingat

Masa aku darjah satu
Aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Serdang , berdekatan dengan Sekolah Rendah kebangsaan Jenis Tamil, aku sekolah situ sampai darjah 4

Bila Darjah 5 aku pindah ke sekolah
> Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi ,sekarang dikenali dengan SRK Jalan 2 ,bila sekolah kat BBB dah banyak, kat sini aku satu tahun jer

bila darjah 6 aku pindah ke sekolah > SRK Jalan 6,masa ni ini sekolah baru ,semua yang duduk Jalan 6 kena sekolah kat sini

Lepas tu naik form 1 sampai form 5
aku sekolah di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi , sekarang dikenali dengan SMK Jalan 2

Cikgu-cikgu aku banyak dah  tak hingat , dan cikgu yang paling aku suka adalah Cikgu Shamsiah
dia mengajar SRT masa tu , aku dan kawan aku adalah her best student masa tu
Oh ye masa form 1-form 3 aku ambil aliran SRT atau dikenali Sains Rumah Tangga ,mmg seronok lah masa tu , dan Cikgu Shamsiah walupun Guru yang garang tapi baik hati ,

Antara cikgu yang aku masih ingat Cikgu Zubaidah , mmg garang giler
suka brainwash budak2, sampai sekarang aku masih jumpa lagi cikgu ni ,sbb sekarang dia mengajar di SRK Jalan 2 sebagai penolong pengetua kalau aku tak silap lah .

owh ye, masa aku form 3 ,kelas aku dikenali sebagai kelas terapung
di mana , kami takde kelas tetap masa tu , jadiknya sbb kami budak srt , jadik kami duduk kat kelas untuk menjahit, bila ada kelas lain nak pakai kelas tu , kami kena pergi kelas diaorg pulak , jadik itu sebab kami dikenali dengan kelas terapung,setiap kali ada yang nak masuk kelas menjahit, setiap kali itulah kami kena pindah kelas

Form 4 , aku beralih pula ke aliran Perdagangan , mmg agak susah ye lah dari form 1-form 3 aliran SRT
Tertiba form 4 gatal nak amik Perdagangan,
Memang terimakasih sangat pada Cikgu Chong dialah ajar aku banyak perkara pasal perdagangan dan prinsip akaun .

Sempena Hari Guru pada 16 may setiap tahun
aku mengambil kesempatan mengucapkan
Hari Guru kepada semua Guru-guru seluruh dunia
Happy Teacher's Day

owh yer ,cikgu sekolah firdaus dah pesan awal2
kalau nak kasi cikgu hadiah , kasi benda yang cikgu pakai
kalau boleh kasi lah pen ke ,marker ke , pensil warna ke..gudidea gak tu cikgu
tak payah pening memikio nak beli hapa..



14 comments:

lieyalatif said...

ooo...kakty amik sains rumahtangga yeak....lieya dulu nak masuk kelas tu, tapi tak dpt huhuhu....

lieyapun merase mcm kakty dok kelas terapung...sian kiteorg cam terbuang gitu heeheheheheh

cheqna said...

selamat hari guru =)
teringat zaman2 kat sekolah

mEiZ SHA said...

kak attyyyyyyyyyyyy
wendu sama kamu kak
hihihih

akak sehat?
selamat hari guru ye kat guru2 semua..;D

mEiZ SHA said...

kak attyyyyyyyyyyyy
wendu sama kamu kak
hihihih

akak sehat?
selamat hari guru ye kat guru2 semua..;D

wantie said...

ooo... ingatkan kelas tu dalam sampan ke. kelas banjir ke. hehehe

rasp said...

bagi pen merah bebanyak sis...
cikgu2 kan guna tu untuk mark kerjarumah hahahahaha...

sis, i pun pernah ada kelas terapung, form 2 tapi utk 3 bulan jer...
sbb kelas w'ouls ada rosak skit...
so terpaksa terapung sana sini :D

h4ni3 said...

saya dulu pun ada kelas floating jugak.. masa form 4.. mentang2 la form 4 tu kononnya honeymoon year kan.. huhu

CuTeMiUt78 said...

heh..heh... teringat masa sekolah dlu, kita pun pernah ada kelas terapung... wah bagus cikgu fir, siap ckp hadiah apa ya.. mirul pun tadi bawa hadiah utk cikgu dia

ALoNa CintamaniszLite said...

Tu dia aih...byk nar sekolah Atty, hehe..
Sy sekolah rendah cuma satu, sekolah menengah rendah 1, singgah jap sekolah menengah lain sbelum masuk vokasional smpai SPM, hehe..
Pastu..takde sekolah2 dh, kehkeh..

Psst:-mmg cikgu pun suka anak murid bg mende2 yg dia guna dari bg bunga plastik sekuntum tu nk wat apa, kan. Kalo bg mug leh gak ler dia guna kat umah ke...kat ofis ke..

Dee said...

kty..leh geng ar..dee pun amik SRT 3 tahun..tapi form 4 & 5 dee amik sastera..x minat lak perdagangan..hehehe..

selamat hari guru..

Neeza.Areef said...

yelah kty x yah nk bg munger ke hape..bg menda yg diorg leh pkai..myra bg ckgu dia tudung..hehe

Ietams said...

kak ty byk tukar sekolah. Mesti byk kenangan kan..dah byk jumpe org

NzA said...

byknya sk atty...mesti ramai kwn n byk kenangan..cikgu2 feveret mmg ttp diingatankan....

Yan said...

kakty sek tamil???? belajar cakap tamil la eh...