Mar 1, 2012

Putus selera


Firdaus cakap tahun 2012 tahun dia sakit
dari awal tahun , dengan patah tangannya
masuk feb ,demam pulak ,badan dah tak panas
tapi dia macam lemah je, tak berselera makan

Baru sesuap dua , dia dah tolak tepi
tak selera katanya
macam2 makanan feveret firdaus mama dah masak
tapi firdaus hanya sekadar jamah je

Hari ni firdaus pergi check up tangan dia
semoga bertambah baik,
hari nie ayahnya pulak yang bawa

Mama nak kasi upah tengok Adnan sempit 2 pun firdaus bolayan
maknanya kalau itu pun dia bolayan ,
 memang dia betul2 x sihat ler tu
kalau dia sihat ,awal2 lagi dia dah ajak mamanya tengok

Ni mama ajak, dia diam je,
maknanya memang dia tak larat bawak badan dia ler tu

firdaus cakap, dia sakit nak kurus..

mama senyum je lah dengar..
apa-apa ler fir.


----------
Sent from my Nokia phone

.

20 comments:

fiza said...

Sian anak bujang kak aty nih. Smoga selera fir kembali seperti sedia kala.

the kecik said...

haha. sya baru nak cakap, fir sakit nak kurus tu, sekali mmg betul fir ckp camtu. hehe

moga firdaus dikurniakan kesihatan yg baik. kak atty juga and other family members!

POSH76 said...

alahai sian firdaus...moga cepat sembuh...bahaya gak asik tak lalu makan ni..takmo diet2laa firdaus sedang elok jer tu

cikbedahlaser said...

tp mmg nmpk kurus skit fir.. ke sy je perasan mcm tu??

smoga cepat sihat fir....

Neeza.Areef said...

dah beso fir bley ckp camtu..msti dia rasa x fit tu..

Cho Zila said...

sakit nak kuruih. sabbojerler.. tapi dia sihatkan.... budak baru nak membesolertu..

Queen said...

sian die..
tryla sup ayam ke..sup daging ke..perahlimau banyak2..

makan pulak dgn bubur nasi..

aduhh..tetiba kita pun lapar terasa nak tumpang sekaki masakan kak ty....hehehhehe

cheqna said...

alahai siannya fir
moga cepat sembuh fir =)

masviona said...

sian kt fir kty, saya doakan moga dia cepat sembuh n aktif cam biasa....lama dh xjupe ngan kty n semua

wantie said...

tu la kan ibu ni mesti risau bila anak tak selera nak makan. mesti akak masak mcm mcm supaya fir berselerakan...

mmm... kalau berterusan cenggini, boleh kurus la dia.

Nazz@Purple said...

dorg smkin membsar..msti ade ksedaran nak jaga bdn..cm adik sepupu naz.katanya nak diet..sebab dh naik skolah menengah...kdg2 tgk fir ni pun cm adk sepupu naz je..

*SiRibenMerah said...

ala sayangggg.. kena rajin2 makan.. nnt baru sehat dan kuat.. kalo gemok tapi chomel pon takpe... aunty suka gemcho2 (gemok+chomel) neh... kuit mata memandang..

hehehe.. mcm2 ragam anak kan bila da membesar...

MrS. F!zA said...

alahai sian fir..kalo tidak dia lah ek yg ajak mama tgk dlu wayang..hehe

Yatie said...

alahai syian... tapikan kak dia dah nampak kurus la...

eMMe said...

fir hensem, cepat baik, nnt ajak ur mum gi tgk adnan sompit yo! heee~

Dee said...

sian dia ye kty..kalau kurus sihat takpe fir...cepat sembuh ye..

Lina said...

siannya lar pulak baca, mmg betul2 x laratlah tu ek kak ty

nabilah_2908 said...

kesian Fir....moga cepat sembuh.. :)

Softtouch [Hanim] said...

alahai siannya fir...smeoga fir sihat n berselera mcm dulu..agaknya mulut dia xsedap kot kak..

Ietams said...

siyan pulak tengok fir tu bila dia tak de selera tu.
tapi k.ty, dah makin bujang nampaknye fir sekarang