Apr 4, 2011

Hasil Meeting hari tuh

Meeting bertempat di Sekolah Agama Lepai
Sekolah ini adalah bukan sekolah bantuan kerajaan..
Aku pun baru je tau ..ate selama ini tak amik tau..sungguh..ye lah ..sekolah pun bukan lah mewah mana..biasa2 je..kalau mewah tu baru ku ingat sekolah private..

Setelah di bawa berbincang, baru ler ku tau
rupanya Sekolah akan berpindah selepas abis cuti persekolahan penggal ke 2,bukan hari ni seperti yang diberitahu oleh fir..dia tak berapa faham ler tu ..bikin suspen je!
kiranya naik je cuti sekolah nanti terus ke sekolah baru
Cadangan dari sekolah , mereka akan membina bangunan 3 tingkat untuk mengantikan yang lama

Berbagai-bagai perancangan akan diadakan kan
antaranya nanti , mereka bercadang turut mengadakan
Sekolah Menengah Tahfiz , insyallah Firdaus mungkin merupakan pelajar terawal, dan guru besar kalau boleh mau semua murid menghafaz al quran.
Untuk mendapatkan semua kesenangan itu , buat sementara waktu ini , kita semua terpaksa berkorban

Maybe selama 2 tahun , sementara bangunan baru akan dibina
sekolah terpaksa berpindah , 2 Tahun adalah tempoh yang diberi, tapi pihak sekolah berharap supaya pemaju
menyiapkan secepat mungkin..andai kata kalau awal 2012 satu bangunan dapat disiapkan ,
Sekolah akan beroperasi seperti biasa.

Jadi sekarang keputusan, terpulang kepada ibubapa, sama ada mahu terus menghantar anak ke sekolah yang sama , atau sebaliknya

Aku pun setelah dibawa berbincang bersama dengan firdaus , dia memang tak mau berpindah sekolah
Dan aku pun fikir takpe lah, teruskan je di sekolah yang sama .

.

7 comments:

[-suziey-] said...

waaa dh nk buka tahfiz..bole la masukkan fir kt tahfiz..hehe..ala kejap je bersusah2..

wantie said...

ishhh.. cam na nak hilangkan nuff & Hb akak yang parking kat tengah tengah tu.

Tak boleh baca le N3 kakak.

atty's said...

@wantie

kena view pakai mozila..kalo pakai ie mmg jadik gitu

Ms.Lilies said...

haah kak...saya view pakai mozilla br nampak nak baca hehehe




xpe kak...sekolah mana2 pun sama je...asal dia nak sekolah :)

rasp said...

asalkan fir nak belajar...
tak kisah le kan sis skolah mana pun...

wahida said...

wow!! sekolah tahfiz!! saya pun mcm ada plan nak anta anak saya gi sekolah tahfiz...tapi tgk jugak la...anak saya nak atau tak nak...

Queen said...

ala...dulu nik siap belajar dalam pondok kayu je.. =)
tak pun kadang2 tu bawah pokok kalau tak cukup kelas...

takpe..asalkan nak belajar.. =)