Dec 3, 2010

Takdir Itu

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke Opis 
dengar Hot Fm,
hari ni topik pasal aduan..apa2 yg kita nak adukan leh kol hot fm 

sekali tu ada pemanggil bernama Ari dia kol
cakap semalam dia sah bercerai dengan isteri dia 
lepas tu ada ucapan untuk isteri dia 
sedih pulak aku dengar Ari merayu isteri dia 

Tapi apa pun kita tak tau 
apa masalah yang melanda diaorang 
apa yang kita boleh buat 
hanya mendoakan yang terbaik buat ari 

lepas tu keluar pulak lagu nie
syahdu betul ..sedih pulak aku dengarnya,sob..sob..sob


Tapi dalam hidup ini 
kita tak jangka , apa yang akan terjadi pada kita
hidup ini umpama roda yang berputar 
sekejap kita di atas , sekejap kita di bawah
oleh itu kita kena senantiasa ingat diri kita

Jangan menghina orang,bongkak,sombong
sebab kita sendiri tak tau nasib kita macamana

Hidup dalam berumahtangga , ada mcm2 permasalahan 
ada suami curang,isteri curang, pasal family ,pasal duit ,pasal anak 
semua tu leh menjadikan sebab kenapa seseorang itu bercerai 

Tapi bukan penceraian itu yang kita minta
semua itu takdir,takde orang dalam dunia nie 
saja-saja nak perceraian itu terjadi

jodoh,maut ,rezeki semua dah ditentukan olehnya 
kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan

hari nie 3 december 2010
aku ucapkan Selamat Hari Jadi, buat seseorang
semoga bahagia selalu 
dan senantiasa ingat akan tanggungjawab , yang diberikan 
tanggungjawab itu amanah yang tak harus dilupakan'
andai tanggungjawab itu dilaksana
aku akan betul2 memaafkan.

2 comments:

dilaOHdila said...

hidup kita memang ada ranjau ujian yang perlu di lalui...
tapi kita sering mengharapkan KEBAHAGIAAN akan ada utk kita hingga akhir hayat. Moga apa yang berlaku jadikan ikhtibar. sedeh pulak aku dengor criter atty ni....mesti suami org tu pun sedu gamaknya. baru ari semnalam berlakukanya penceraian dia urang erk...doakan moga keduanya tabah

SURIA AMANDA said...

betul..allah menguji umat yang dia sayang..