Jun 2, 2010

Tergamak curi barang kemas ibu

TEMERLOH: Seorang gadis tergamak mencuri pelbagai jenis barang kemas ibunya sebelum menggadaikannya semata-mata untuk membeli sebuah motosikal sebagai hadiah buat teman lelakinya.
Gadis berusia 17 tahun terbabit dikatakan mencuri barang kemas itu yang dianggarkan bernilai RM13,000 ketika ibunya nyenyak tidur di rumahnya di Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, kira-kira 12.30 tengah malam, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, berkata keesokannya, gadis terbabit menyerahkan semua barang kemas itu kepada rakannya dan memintanya menggadaikan semua barangan berkenaan di sebuah kedai pajak gadai.

Menurutnya, sebaik memperoleh hasil gadaian barang kemas, gadis itu membeli sebuah motosikal untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya yang berusia 16 tahun bagi membuktikan kesetiaan cintanya. Ahmad Fadzillah berkata, kehilangan semua barang kemas itu yang disimpan dalam laci di bilik sembahyang mula disedari ibu gadis terbabit yang berusia 40 tahun selepas membuat pemeriksaan. Menurutnya, mangsa kemudian mendesak anaknya menceritakan kejadian sebenar sebelum gadis itu mengakui mencuri semua barang kemas berkenaan. “Mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan apabila anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang sanggup berbuat demikian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

“Susulan laporan mangsa, polis menahan gadis itu di rumahnya, malam kelmarin bersama seorang lagi rakannya yang terbabit dalam kejadian kerana membantu menggadaikan barang kemas mangsa. “Polis juga menahan teman lelaki gadis terbabit yang berusia 16 tahun tengah hari semalam. Kami juga merampas semula motosikal yang dibeli hasil gadaian barang kemas mangsa,” katanya. Menurutnya, tiga suspek terbabit kini ditahan reman seminggu di IPD Temerloh bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

sumber my metro

p/s: macam-macam kerana cinta sanggup curi barang kemas mak sendiri .semata2 nak belikan pakwe motor..

17 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

mmg anak derhake ni kak....geram plak aku bacenye kak.....kalo ni adik aku, mmg aku tampa2 dah kepale tu......

amar haziq said...

haihh..macam2 dunia sekarang ni

jenguk2lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com

PurPlè said...

apa kejadah belikn pakwe motor sampai sanggup mencuri dr mak sendiri. x tau lah apa lg yg dia sanggup buat demi cinta utk pakwe. isk... nk ckp bodoh x sampai hati... tp mmg bodoh pun.

ita cutevirus said...

eeee.... budak² skang ni... takut plak ita mendengarnyer...
YA ALLAH, KAU PELIHARALAH ZURIAT KAMI....

kak ina kl said...

tulah budak remaja skrg ni..terlampau pandai sangat..sebab cinta sanggup buat camtu.

Cikgu Ayu said...

mmg sedih ngan budak2 skrg..perangai macam tu jua yg terpaksa saya hadapi ngan segelintir budak2 sek. Barang2 sering kali hilang kalau diletakkan atas meja, makanan sekali pun...amat2 menyedihkan. Barang2 pelajar lain usah dicerita :(

atty's said...

@☆ lieya latif ☆
itulah ..kty yang baca pun geram .

atty's said...

@amar haziq
ok nanti kty terjah

atty's said...

@PurPlè
tu lah ..memang budus..

atty's said...

@ita cutevirus
itulah ita..takut..
kty amin kan doa ita..

atty's said...

@kak ina kl
k.ina..tu lah kalo terlalu pandai .

atty's said...

@Cikgu Ayu
teruk betui perangai diaorg ye ayu ..main curi je brg org..tak takut dosa..

rasp said...

masyaAllah...apa dah nak jadik nie...
demi cinta monyet lupa habis siapa itu ibu....
jauhkanlah anak2 kita dari pe'el tak berakal sedemikian....

Softtouch [Hanim] said...

kurang ajarnya budak pompuan tu...budak2 baru nk naik xleh nk pk pjg...kerana cinta sanggup...keje giler tu...

atty's said...

insyallah darissa..takan buat perangai kat taska..dia kan budak baik
bagus.hanim antar darissa..dulu .bagi dia sesuaikan diri..

El-Zaffril said...

Kak...kalau seorang anak mencuri barang kemas arwah ibu... dah la anak angkat... pompuan plak tu... haish...

Cik Wanie said...

mcm tue sekali kan,
nie br baca news nie,
ish ish ish,
dasar anak x kenang budi,
hurm....

mcm2 hal kan skg nie...