Jun 24, 2010

Merawat Demam

Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman.  Walaubagaimapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa betul betul mengalami demam yang sebenar.

demamTidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza diantara satu dan yang lain.

Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja.

 Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya  ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor.

Bagaimana demam terjadi?

Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes kedalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.
Rasa mengigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi.

Apa yang perlu anda buat?

Sekiranya anda mensyaki yang anak anda mengalami demam, alat pengukur suhu yang boleh didapati difarmasi dengan senang dapat mempastikan samada anak anda demam atau tidak. Sekiranya ia melebihi 37.7 darjah demam terjadi. Sekiranya ia disertai dengan mata kuyu, kulit kering dan kencing yang jarang ia menunujukkan anak anda mengalami dehidrasi perlu mendapat perhatian segera. Bagi anak kecil seperti bayi, sekiranya demam disertai dengan tangisan  berterusan, tidak aktif dan leher kejang mungkin tanda jangkitan yang lebih serius, bawalah bayi doktor untuk pemeriksaan.

Gejala gejala serius yang memerlukan pemeriksaan segera. 

  • Demam melebihi 3 hari walaupun sudah diberikan ubat
  • Tanda dehidrasi seperti dahagam mata layu, kulit dan bibir kering
  • Menangis berterusan, kurang aktif, tiada selera makan, leher kejang
  • Sakit perut
  • Bayi tiada 'eye contact'
  • Badan kejang dan penafasan yang terlalu pantas.

7 comments:

sI tEDI said...

yg penting kita kena bertindak cepat.
kdg2 bila budak2 demam selalu bertangguh nak bawa ke klinik. jadi bila dah teruk kan payah.

aduhai!
komen dr org yg tak de anak! :))

Aleeya said...

bila anak demam sgt la susah ati...:((

kak ina kl said...

btull tu..klu anak demam cepat aje gi ke klinik..

mummysyafie said...

nice info sis..tapi kalau kids demam mmg nor cepat gelabah

rasp said...

gud info nie...
kalo anak2 kita demam...
mmg tak senang duduk kita nie kan sis...risoooo je...

林奕廷 said...

寂寞又無聊 看到你的BLOG 加油喔!!......................................................................

Liza said...

harap atty dah makin sihat