Jun 16, 2009

Lima jenis sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

    5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

    Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
  • 25 comments:

    Hezesuze said...

    bgus tuk panduan idop...

    ||| PöJìé PööH ||| said...

    i love this n3..
    thanx kakty!!

    suhaila-ab said...

    aku ni kurang sabo kadang2 kty....tapi dulu lagi teruk..skang semenjak dah jadi remaja senja ni aku cuba belajar lebih sabo...

    MaMaQaYPo FaMiLy said...

    sabar... sabar... mmg susah nak sabar bila di kelilingi my HEROES yg mcm2 kerenah ni... uwaaa.....

    sonata anak kancil said...

    sabar - sabar - kita perlu sentiasa dalam keadaan sabar .....

    ****atty sabar menanti sesuatu dari sonata!!! alamat dah ada....sabar ye....dah sekolah ni - balik agak lewat petang....

    LotsOfLove-Pearls said...

    thanks for remind sis..

    Eazy Izzuddin said...

    bagus la kak
    thanks!
    mmg kena saba nih
    huhu

    Ms.Lilies said...

    saya sedang bersabar ni....mmg kena timing tul entry ni la

    Yan said...

    good info kak..
    klu kite sabar banyak kebaikannye kan kak..

    [-suziey-] said...

    good info kty..sabar pn separuh dari iman:)

    zh-ena said...

    mmg kena sabar dlm kehidupan kita..tak sabar mmg huru hara la hidup kita

    IEYNA said...

    nasib baik ieyna ni jns yg sabar..hehhehe...emmmm yeke....sabar jugak lah kot :)

    *ayu* said...

    sabar ni mcm senang.. tapi paling payah nak laksanakan kan?

    Dj Epoi said...

    Sabar yer!!!

    Separuh daripada Iman tuh!!!!!!

    lily lotus said...

    sabarrr jerlah selalu...

    FazidElias said...

    bukan senang nak kawal marah ngan keciwa nie... saya pun slalu terbabas...tapi dah tua2 nie, tahan la sikit kot...tapi kalau rasa bengang...rasa macam berapi2 jek
    wakakakkaka...
    kalau rasa marah, hati panas, cepat2 beristighfar dan ambil wudhu'. setan suke cucuk2 orang sedang marah :D

    neezareef said...

    thx for the good info

    ninie said...

    bagus info ni.... mmg tgh belajar banyak2 bersabar ni......

    atty's said...

    lily,za & ninie ~ hehehe kdg2 tetap gak tak sabar kan

    fazid ~ ye le..dulu masa muda belia..mmg cepat je naik hangin..dah berumur ni terkawal skt

    dj epoi ~ yup sabar separuh dr iman

    ayu ` betui tu ckp mmg senang..tp kalo dah melampau kemarahan ttp tak leh sabar kan

    atty's said...

    ieyna & ena ...tu ar..

    yan ~ aah..lebih byk kebaikan dr keburukan..

    eazy & lol & suziey~ hehehee

    lilies ~ sabar ye ..apa jua rintangan

    atty's said...

    sonata ~ tak sabau nak dpt diah nie

    ita ~ wakakkaka sama ar ngn den

    suhaila..skrg leh control kan skit2

    pojie & heze~ ingat tau kita kena sabar

    Dee said...

    betul2..tp kdg2 ilang sabar gakkan..

    atty's said...

    aah dee..kita manusia biasa..thp kesabaran kdg2 ilang

    PerantauSepi1306 said...

    tq atty nice info.. nak kesabaran tahap paranormal.. kena buat fine tuning minda byk2 ;D

    CuTeMiUt78 said...

    thank kty.. kongsi info ni..