Apr 30, 2009

Mekanik gembira bebas tuduhan edar kanabis

SHAH ALAM: “Saya gembira dengan keputusan ini,” kata Mohd Fariq Ismail, 35, di luar Mahkamah Tinggi semalam, selepas dibebaskan atas tuduhan mengedar kanabis seberat 1,081 gram, dua tahun lalu.



Mekanik itu enggan mengulas lanjut ketika wartawan bertanya rancangannya selepas dibebaskan.

Terdahulu, Mohd Fariq yang berada di kandang tertuduh kelihatan terkejut apabila mendengar keputusan itu dan terus bersalam dengan ibu bapanya yang berada di galeri awam.



Mohd Fariq menangis ketika bersalam dengan ibu bapanya sebelum diarahkan keluar dari mahkamah berkenaan berikutan mengganggu prosiding perbicaraan lain.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam penghakiman berkata, selepas mengkaji dan meneliti keterangan mendapati pendakwaan gagal kes prima facie terhadap tertuduh.

Menurutnya, pendakwaan gagal membuktikan ketulan kanabis yang dijumpai di halaman rumah jiran tertuduh dan dalam raga motosikalnya.



“Dua aspek itu tidak tercapai bagi kes prima facie kerana mengikut keterangan, ketulan itu tidak ditunjukkan kepada jiran.



“Berhubung ketulan mampat (kanabis) yang ditemui dalam raga motosikal, saya berpendapat kenderaan itu dibeli oleh ibunya untuk kegunaan tertuduh. Bagaimanapun mengikut keterangan ibu tertuduh pada hari kejadian motosikal itu digunakan kawan anaknya,” katanya.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

info dari Metro

*************************************************************************************
ini ler berita tuh..malam tadi along balik jer..
terus kejut aku..ckp pasal nie..
dah lama kes nie..2 thn..kawan aku nie..dia anak tunggal..
akibat tersalah pilih kawan akhir..skit lagi nak ke tali gantung..atau penjara..seumur hidup..

puas kami semua ..kawan2 sepakat..kumpul duit bagai..nak jamin..
dan selama dua tahun nie..kami sebagai kawan-kawan..tetap menyokong..dia..

dan dengan rela hati..aku,along dan beberapa org kawan lagi..kadang bergilir2 amik cuti..
utk teman mak dan ayah dia ke Mahkamah..

minggu lepas..pun ade bicara..kami sedikit putus harapan..ingat kalah..
semalam aku ngn along tak dpt cuti ..jadi ade kawan lain yg bawa mak dan bapak..dia..

dan malam tadi..along kejut ..citer ..kawan kami nie bebas tuduhan..
jadinya malam tadi..dari kul 12 - 5 am..kami dok bersembang..dan memberi sedikit nasihat kepada dia..mmg tak sangka...sungguh..kami memang dah lama kenal dr sek menengah lagi..sejak form 1..dan bulan depan bulan May/esok ar dah masuk May pun....aku,along dan sahabat ku itu..kami sambut besday pd bulan yang sama..

allah masih menyayangi beliau..sebab tu masih ade peluang..

15 comments:

ains said...

herm... rs mcm kak ty ada citer dulu... alhamdulillah... bebas sudah

honeylanz said...

alhamdulillah..kebenaran pasti terbukti..

nenekrock said...

alhamdulillah dugaan Allah swt kan kak
pape pn syukur la dia selamat dibebaskan keep nasihat dia jgn salah pilih kwn lg

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

alhamdulillah~

aduh~

Hezesuze said...

haha sib baek abg pomen kita bersih dr sgala jenayah...amin...

Dee said...

siannyer..kalo dh kena aniaya..insyaAllah bebas jua akhirnya..

KV said...

alhamdulillah. Moga lps ni dia tak salah pilih kawan lagi.

Mrs LVoe said...

KV,
setuju :-)

kdg2 tnp kita sedari kawan makn kawan. smoga dia bhati2 mmilih kawn kelak

[-suziey-] said...

alhamdulillah..syukur pd Alah..tu la kadang kwn mkn kwn..story la full version camne jd cenggitu

atty's said...

suziey ~ kawan pinjam moto..lepastu bila pass balik kt dia..tak pasan ade brg..dia pun bior je..

sekali kena tahan polis..ade brg dlm moto ..apa lagi..kena jail ar..

momguess said...

alhamdulilah

CuTeMiUt78 said...

alhamdulilah kak

mamaadam said...

Alhamdulillah kty happy finee dgr..

Syima Syaz said...

lega kan..
alhamdulillah...allah mendengar doa hambanya yang teraniaya

mummYaeesh said...

allah maha adil...
yg benar tetap akan benar...
yg salah sendiri mau ingatla...woohoo