Apr 21, 2009

Datang bulan 5, 6 bulan sekali

SAYA berusia 21 tahun dan sudah berkahwin selama tiga tahun, tetapi belum dikurniakan anak. Saya mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala sejak berkahwin, haid saya mula tidak teratur.

Haid terakhir saya adalah pada Oktober 2008. Secara purata, haid saya datang hanya lima atau enam bulan sekali. Apabila didatangi haid, ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk berhenti.


Saya juga mempunyai masalah senggugut. Doktor memberikan ubat untuk menghentikan darah saja dan doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah pada rahim. Adakah saya sukar hamil disebabkan haid tidak teratur? Apakah rawatan yang doktor sarankan untuk kami mempunyai cahaya mata?



ALIA,

Temiang, Seremban.




PUNCA haid tidak teratur dan jarang-jarang bukanlah disebabkan penyakit pada rahim. Lazimnya, ia mempunyai kaitan dengan pengeluaran telur oleh ovari kanan dan kiri. Ketiadaan ovulasi ini mengakibatkan masalah kesuburan di samping gangguan haid sebagai masalah sampingan.

Pada mulanya haid jarang-jarang beberapa bulan, kemudian keluar sedikit-sedikit, tetapi berpanjangan. Rawatan mendatangkan mahupun menghentikan haid hanyalah bertindak pada rahim saja, ia tidak merawat penyebab asal atau sebenar. Anda mungkin mempunyai masalah ovulasi, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan ovulasi atau kesuburan.

Selain itu, pemeriksaan lain dapat dilakukan termasuk ujian air mani suami.


credit to metro


p/s : aku mengalami masalah yang sama..jugak..nie..lom ade masa nak check up.

18 comments:

Mrs LVoe said...

cazen sha mcm tu but alhamdulillah anak dh 2.. rezeki masing2 dear :-)

syareena said...

uish... ade ye camni...

moga sembuh la ye?

2 ke 3 ari pun letih nikan sebln ek?

WeBViDeOKLiP said...

info bagus tuk aku
heheeh

arnirina said...

owh kena cepat2 pegi check up..

[-suziey-] said...

ler..check up ler kty..curi2la sket masa..tkut lain plak jadinya nnti...minta dijauhkan..

Nurhayati said...

saya pun sama kak, jenis period tak menentu..yang pasti tak pernah ontime.. mesti skip kekadang sampai 2-3 bulan paling lama sampai 5 bulan.. pegi checkup Doc kata takde masalah, as long organ lain takde effect. dun worry kak.. kita serupa hihi

saya makan folic acid kalau nak conceive alhamdulillah dapat.

zh-ena said...

kena wat check up la katty..member ena pun ade same prob nie..mcm2 cara dah wat tapi duk mcm tu gak

:: p R i n c E s S _ N :: said...

yeke k.ty..check laa k.ty...

JIVEBUMZ said...

kalo rezeki tak ke mana

@LiYaNNuaR said...

kita serupa... at least... Kty dah ado dah sowangggg... ini... nan adoooo.. huwaaaaaaa...

Ena said...

erk atty.. ko pun ade masalah yg sama? nape tak p check atty oiii... p la check cpt nnt papehal nnt susah...

Diarihatiku1976 said...

saya pun sama.. sebab tu takdea anak sampai sekarang.. tapi dah gi check dr kata PCOS..

ains said...

hurm... biau betui kak ty... hurm... g la cek kak

mamaadam said...

kty nanti finee wat entry pasal cara rawatan ni, kty jenguk blog eh, mane tau blh bantu kawan2 yang ada masalah haid ni, selama ni testimonial bnyk yang menjadi, kita cuba jela kan..

atty's said...

k finee..kty tunggu entry ko

p-na mama oja said...

kwn p-na ada sorg cmtu.. sian dh lama gak dia kawen x der rezeki lg... doc kta dia lebih kepada gen lelaki..4% je gen wanita..tgk dia ok je...perempuan sejati je... isk?? huhuhuhu

rasp said...

sis harus u gi check tau...risau je...

CuTeMiUt78 said...

kena g check tu kty..