Sep 6, 2008

Mandi malam boleh sebabkan lumpuh?

UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka


Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

notakaki : email ni aku dpt dr lynn..lama dah..takut lak baca..sebab kekdg mmg mandi dlm kul 8 camtu..bila abis selesai keje umah..

10 comments:

moralle said...

atty, info u betul2 berguna for me, caused me ni memang suka mandi malam, ya ampun tak tau pulak dia nyer side effect, thanks again....

ratna said...

saya ada gak dpt email ni..tp tak baca abis lagi..tp nasib baik gak saya bukan jenis mandi malam..

:: p R i n c E s S _ N :: said...

yeke kak....kdg2 N ni pon ske mndi mlm...da penat ptg tu...tdo jap..mlm br mndi..uishh...insaf2...insaf...

MAMA IQA said...

erk! takutnya baca sbb kdg2 terlajak gak mandi mlm2..

Y@ZeD@ said...

eii takutnyer kak, aida selalu jer mandi malam...

tk mo arr mandi mlm lg pasnih!!

sweethOneY said...

kak, info ni leh cayer ke ek..siap de gambar sme kan
takot la plak
mmg habit ske mandi malam..err..pasni kena mandi b4 kol 8

IdaShah said...

mmg biasa dgr mandi malam x elok
x tau lak bole jd lumpuh. takot nya..

mmg sekali sekala mandi mlm gak klu blk keje lambat

Beruang Madu said...

errrr ngerinya... tanak dah mandi malam... kalau nak mandi pun kesat2 jer ngan tuala basah.. ni kat peha pun dah kebas2 selalu

green apple said...

mungkin sebab tu aku payah nak mengandung lagi, laki aku la ni, suka sangat mandi malam.

*tetap nak salahkan org lain*

Catz said...

eh,...
takut pulak aku..sokmo mandi malam...iskkk