May 21, 2013

Perjalanan ke USS

Suatu pagi di hari Ahad bersamaan 12 May
kami seawal pukul 5 pagi dah bangun, mandi,solat ,makan kenyang2 
lepas tu pukul 7.15 kami jalan kaki je ke Tune Hotel 
Di Tune Hotel kami menaiki bus ke USS .


Tiket bus dan tiket ke USS Kami beli dari Agen yg sama, 
harga adalah berpatutan,
itu yang masa aku sampai hari sabtu, aku terus ke Pejabat ODYSSEY 
untuk tukar kertas yang aku dah print ke tiket bus.

Ini alamat nya:-
ODYSSEY LUXURY LINER
Shuttle Service/Package Universal Studio
From Tune Hotel -USS-Tune Hotel
Alamat :
Tune Hotel Danga Bay,
Lot PTB 22819,Jalan Skudai Mukim,
Bandar johor Bahru,80200 Johor Bahru

cari je Tune Hotel Danga Bay, 
mesti jumpa pejabat nya ..kat pejabat Odyssey ni..
semua pakej pun ada jual..apa pun kita nak ada jer..
tiket nak g lego land ke ..tiket ke Uss Ke..semua ada 

Tapi seperti yang aku bagi tau kat atas, 
aku dah beli siap2 pakej ngn agen..
Ini orangnya ,uols boleh contact dia untuk dapat tiket lagi murah

 Rosmanizah Abdul Rahman
ARISSA TRADING(001958108-K)
HP No : 6 012-394 9154 (Viber, Whatapps, Tango,Line)
Tel No :6 03-8925 9852

Facebook - Rosmanizah Binti Abdul Rahman

Aku mula-mula deal melalui facebook je..lepas terus bayar , nanti lagi 2 hari kita nak pergi Agent akan kasi tiket USS dan tiket bus ,yang kita printout 
Kertas yg kita printout utk tiket bus ,
harus ditukar di Pejabat Odyssey

Bus nie ada 2 perjalanan 
Se awal pukul 7.30 pagi -7-30 malam 
dan pukul 10.30pagi -10.30 malam 

kitaorang ambil yang pukul 7.30 pagi -7.30malam 
Nanti dia akan hantar kita terus ke Sentosa Resort 
tempat parking bus kat bawah
nanti time balik kita harus tunggu tempat yang sama juga.
bagi aku better ambil sessi awal .

Cerita pasal tiket masuk USS pulak 
Aku dapat harga tiket untuk adult = rm 155 
dan untuk kids = rm 115 
Murah kan ! 

tiket USS

nanti agent akan kasi kat email or kat fb
 kita donlod pakai kertas A4 lah kan ..
nanti masa nak masuk kat USS kasi je kertas A4 tu..

Okeh tiket bus pun dah ada ,tiket USS pun ada ..
bus pun bertolak mengikut jadual 
kerana ari tu ari ahad ,org tak keje kot
kami menjalani dua kali pemeriksaan Imigresen,
satu kali checkpoint di Malaysia, dan Satu kali lagi Masa di Singapore
Jangan khuatir ,sebab kita orang naik Bus Odyssey, driver bus setia menanti sampai semua penumpang cukup..
hari tu group kitaorang seramai 24 orang jer..
 

jalan pun lengang jer ,
kami sampai sekitar pukul 8.30 am di Singapura 
orang pun tak ramai , bus pun parking kAt tempat parking
dan driver bus cakap , dia tunggu tempat yang sama balik nanti pukul 7.00 ++ camtu.
bus akan gerak balik pukul 7.30mlm.


Dari situ kami naik escalotar ,ada yang nak ke Casino..
tapi kami naik untuk ke USS ..naik je  dah nampak globe..
tanda kami dah sampai USS..


apa lagi gambar sakan sementara menanti waktu pukul 10.00am nak masuk..
















will be continue..
cerita umrah pun x habis lagi :)

.

May 20, 2013

Tercapai Hajat Firdaus ke Universal Studio Singapore

Hajat ni sejak dari Firdaus berumur 6 tahun.
asik tanya jer bila lah dia dapat pergi USS. Oleh sebab besday firdaus dah dekat ,3 julai nanti..jadi kita tunaikan hajatnya..kira cuti-cuti ni sempena besday fir .
Sekali terdatang idea nak pergi cadangnya 24 may nie.
tapi aku terfikir, udahlah aku nak drive dari bangi ke Skudai Jb
time cuti sekolah nanti Highway jem..dan kat USS mesti orang akan lebih ramai dari biasa,
dan waiting time untuk suatu game pasti akan jadi lebih lama lagi ..
Nak beli tiket ekspress ,no budget.

Jadiknya aku tukar tarikh ke 11-13 may..
alhamdulillah sangat ,tarikh tu ,highway pun lengang
dan USS Orang pun tak ramai..
waiting time untuk satu game tak sampai pun 10minit..
firdaus sangatlah happy.
aku rasa aku takan tulis detail pasal percutian aku
sebab blog lain pun ada dah buat,
 Jadik aku citer skit-skit jer ..yang lebih kita letak gambar
untuk kenangan bila firdaus dah besar nanti..

Kami sampai JB hari sabtu..
alhamdulillah jalan raya tak jem..aku ingat jauh ler sangat ..rupanya macam balik kg aku jer..kitaorang sampai awal dalam pukul 11 am..bertolak dari bangi pukul 7pagi..berenti minum semua dalam 1jam kat R n R..




Masa pergi ingat nak singgah JPO..
sekali terlepas simpang..hehehhe..1st time tak berapa mahir jalan ..
Jadi kitaorang terus ke hotel bayar apa yang patut , lepas tu ke Tune Hotel untuk amik  tiket bus untuk ke USS esok dan kad putih tu...isi siap2 semua..




sbb awal lagi..dan pihak hotel yang kami sewa tu ,tak kasi check in awal.lagi kami amik bilik family room ..tak siap kemas lagi..

kami pun merayau-rayau area JB..sampai juga ler ke woodland..jalan2 je sendiri ..time ni kamera kakak adalah buat hal..kejap boleh snap gambar kejap tak..menyakitkan hati jer..

Lepas tu kami ambil kesempatan merayau-rayau di Shopping Mall area JB ..terbeli ler handbag..terbeli baju dan seluar raya untuk firdaus ..


Puas merayau..pukul 2 pm tepat baru ler kami Check In Hotel Kozi di Skudai Johor .
hari tu sebenarnya firdaus tak berapa sihat , Petang itu kami abiskan masa duduk dalam bilik berehat ,tido ..sebab penat dah aku drive sesorang spjg hari ,


Tapi lepas Solat Jamak Maghrib malam tu ,aku keluar tapaukan Firdaus sup ngn mak..aku dan kakak ..keluar merayau-rayau..
kami makan di Singgah Selalu..lepas tu kami ke Danga Bay..
Tapi satu gambar tak snap..ate malam ..
kamera murah...tangkap pun tak guna..gelap je

Danga Bay malam besh jugak, Happening ..ada banyak game
hajat hati teringin nak main
tapi rasa mcm mahal je game tu semua
lagipun esok dah nak ke USS..main kat situ jer lah..
tapi seronoklah aku ngn kakak jalan-jalan tgk lampu ,
dalam kol 11 jugaklah kitaorang balik..lepas tu terus tido ..

Next entry baru citer pasal percutian kitaorang ke USS ..

May 17, 2013

Belajar Solat Jenazah



Hari nie nak bercerita ,Pengalaman aku bersama jemaah lain 
ada ler 2-3 pengalaman
Ada sekali itu,sedang aku berborak dengan adik,
tertiba makcik Turkey sebelah aku, pegang tangan aku .
 Dia pegang tangan aku, dan bawa ke kaki dia ,aku memula pelik,
 makcik ni nak apa agaknya
Rupa-rupanya dia suruh aku 
urutkan kaki dia..badan dia..
Aku pun menjalankan tanggungjawab aku ,
dia seronok betul aku urut badan dia,.
Ye lah dia dah tua, maybe sakit-sakit badan .
Lepas dia dah lega ,aku picit-picit badan dia, 
dia angkat tangan mcm berdoa tu.. 
sambil angguk2 kepala.





 nak turun ke dataran tawaf

 Ada satu hari itu, lepas aku buat tawaf sunat lepas Maghrib
Masa adalah sangat suntuk, ye lah Maghrib ke Isyak jarak dalam 1 jam
Jadiknya bila selesai je aku Tawaf Sunat, dah nak masuk Isyak
Aku agak kelam kabut sebab semua tempat akan dipenuhi jemaah lelaki, aku harus cepat keluar mencari tempat solat jemaah wanita, masa aku lalu satu tempat ,aku berhenti seketika ,sebab di situ diletakkan Mayat-mayat yang 
akan di Solat Jenazah nanti lepas solat waktu.


Selalunya setiap selesai solat waktu,akan ada Solat Jenazah. 
Jadi pada sesiapa yang tak pernah buat
baik sebelum pergi belajar cara Solat Jenazah dulu.

Ini kty kasi cara-cara solat Jenazah yang kty copy 
dari Forum Cari Oleh Tuan Haji msaadhamid
niat jer macam ni:



"Sahaja aku solat jenazah yg disolatkan oleh imam, makmum kerana Allah Ta'ala."  

Kita niat macam ni sbb kadang-kadang kita tak sure jenazah itu lelaki ke perempuan, kanak-kanak ke dsb.

 Kalau faham bahasa Arab kita boleh tahu itu jenazah lelaki ke perempuan dsb.
Solat jenazah ada 4 kali takbir.


Takbir yang pertama niat dan baca fatehah.


Takbir kedua baca selawat ke atas nabi (selawat pendek boleh, selawat panjang pun boleh).


Takbir ketiga baca doa untuk si mati (sekurang-kurangnya baca:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ  وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ
"Ya Allah, ampunilah bagi mereka dan kasihilah mereka dan afiatkan mereka dan maafkanlah kesalahan mereka"
Kita guna "mereka" sebab sekali solat jenazah kebanyakannya ada banyak jenazah tu.

Takbir ke 4 baca doa (tak baca doa pun tak apa) dan salam.  

Perlu diingat solat jenazah hanya berdiri - tidak ada rukuk dan sujud.



Ada satu hari, aku tak ingat masa tu aku nak solat
 waktu maghrib ke asar ke Isyak ke
Masa tu aku dah lambat, kelamkabut aku jalan dari hotel ke Masjid, 
walaupun kat luar orang dah penuh ,sebab Azan dah berbunyi pun tadi ,
 aku masuk juga ke dalam Masjid.



Terus juga mencari tempat ,walaupun kalau sekali pandang macam dah takde ruang ,tapi jalan-jalan ,akhir ada satu remaja lambai, suh solat sebelah dia. Ya allah terimakasih kerana beri aku ruang untuk
 solat di dalam rumah mu ini ya allah.
Masa nie guard wanita yang menjaga hiruk pikuk mengawal keadaan,
Alhamdulillah dapat jugak aku tempat untuk solat ,
selesai solat aku ucapkan terimakasih kat remaja Arab ke Turki
aku pun kurang pasti,
yang pasti sangat cantik.

Kami hanya senyum jer ,kadang dia pandang aku..
aku pandang dia kitaorang senyum.
Hajat nak  berkomunikasi, bahasa inggeris pun dia tak faham,
jadi kami senyum2,angguk2 jer

Kadang-kadang bila dah sampai waktu solat,
keadaan orang mencari tempat nak solat ni,
ada macam-macam peel.
Kadang sebelah kita dah memang takde ruang ,
tapi ada jer yang terai juga masuk.

Memang kalau tak sabar ,boleh menimbulkan kemarahan,
jadi bawa-bawa lah bersabar 
kadang -kadang kita dah buat saf elok-elok,ada je jemaah yang tak reti bahasa selamber je buat saf lagi depan kita..masalahnya dia sorang je..dah tak jadi saf..pandai-pandai ler kita tegur dengan cara berhemah 
supaya dia tak marah kita .

seronok masa dalam masjid ,kita beritikaf ,sambil zikir ,baca quran sambil kita tengok jemaah dari seluruh dunia ,
yang berbagai ragam ,cara dan adat memasing.

Entry lain Pasal Umrah:-


 Ada lagi 2 episode je untuk habiskan entry pasal umrah ni..